بسم الله الرحمن الرحيم   السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته   أهلا وسهلا  ومرحبا بكم الى  دستيناسي أبدي
CAIRO

SELANGOR

ULAMA AMILIN
RUUHUL JADID

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

KHAIBAR! KHAIBAR! YA YAHUD!

JAISYU MUHAMMAD!

SAWFA YAHUD! BIRRUH! BIDDAM!

NAFDIKKA YA ALLAH!


UNDI PANDANGAN

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
  
Terima Kasih Daun Keladi
RUANG PESANAN

Terima Kasih Daun Keladi
ALUNAN AL-QURAN

 
LAGU KU
Relaks Minda


Want one? Go to www.geocities.com/testiflash

UNDIAN MUHASABAH

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Azharian's Topsite

Ukhwah.com :: Top Blog

Malaysian Muslim Blogs

wala' dan bara' (review)
Monday, June 18, 2007
Buat ape nak ikut dia ? Kenapa nak sokong si pulan ? Kenapa pilih si pulan ? Begitulah soalan yang biasa di utarakan kepada kita. Apa kaitan soalan tersebut dengan warkah yang hendak saya tampilkan ? Ia, memang ade kaitannya. Senario alam telah membuktikan kepada kita bahawa manusia itu memerlukan pembimbing, pemimpin, penunjuk jalan dan yang seumpama dengannya. Namun begitu, senario yang telah berlaku sejak berabad yang lalu sehinggalah ke hari ini juga telah memaparkan kepada kita bahawa telah berlaku kekucar kaciran di dalam kehidupan seseorang, masyarakat ataupun sesebuah negara akibat tersilap membuat pilihan, memberikan ketaatan dan sokongan. Sejarah telah membuktikan kepada kita. Perkara ini perlulah diambil berat bagi setiap manusia tidak kira agama mahupun bangsa. Kita tidak kesah sekiranya orang kafir memberikan ketaatan dan menyokong pimpinan yang zalim, ahli maksiat dan sebagainya. Akan tetapi kita kisah jika orang Islam sendiri memilih orang yang dijadikan ikutan, pimpinan itu adalah orang yang zalim, ahli maksiat, menolak Islam dan yang seumpama dengannya. Inilah yang menyedihkan kita. Dan akhirnya kita boleh lihat bagaimana masyarakat tersebut berada di dalam suasana kehidupan yang banyak lari dari norma-norma Islam. Arakian, senario yang berlaku pada hari ini perlulah dibendung dengan segera sebelum perkara tersebut menjadi lebih parah. Maka perlunya di sana satu kaedah bagi kita untuk mengatasi kebobrokan yang sedang berlaku di segenap pelusuk alam ini baik di Malaysia khususnya mahupun di negara-negara Islam yang lain umumnya. Jadi, ulama' telah menyediakan satu formula ataupun konsep kepada kita iaitu ilmu yang di beri nama Al-wala' Wa Al-Bara'. Inilah ilmu yang ingin saya paparkan untuk kita fahami bersama agar kehidupan kita berada di dalam keadaan yang lebih sejahtera. Apa yang ingin saya paparkan ini adalah berdasarkan pembentangan slideshow oleh Ustaz Mohd Asri Daud di dalam satu program kepimpinan yang dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di dewan Soleh Abdullah Kamil Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir pada 17 Februari yang lalu.


Konsep Al-wala' Wa Al-bara'

Pengertian Wala' : Meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetian dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan yang disertakan dengan sokongan dan bantuan sama ada berbentuk zahir ataupun tidak.

Pengertian Bara' : Tidak meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada kepimpinan seterusnya membenci dan menamatkan sokongan serta segala bentuk bantuan.
Ulama' juge telah memberi pengertian Bara' ini kepada satu kalimah yang memberi maksud menjauhkan dan menamatkan.

Wala' kepada siapa ?

Maksudnya : Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk kepad Allah (55) . Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah
itulah yang pasti menang (56) .Surah al-Maidah ayat 55-56.

Kewajipan memberi Wala' kepada pemimpin

Maksudnya : Hai orang-orang beriman ! taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah( al-Quran ) dan Rasul ( sunnahnya ), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utaman bagimu dan lebih baik akibatnya (59). Surah an-Nisa' ayat 59.

Susunan Wala' mengikut tertibnya

1- Allah 2- Rasul 3- Orang-orang yang beriman ( individu atau pemimpin ) iaitu :
a- orang-orang yang sembahyang
b- orang-orang yang membayar zakat
c- orang-orang yang patuh kepada Allah.
Susunan Bara' mengikut tetibnya
1- Syaitan
2- Kafir ( secara umumnya dan khususnya orang kafir yang memusuhi Islam )
3- Fasiq

Wala' mengikut kaedah kulliyyah al-khomsah

1- Agama
2- Diri
3- Akal
4- Maruah
5- Harta

Kaedah menentukan siapa yang berhak diberi Wala' baik kepada individu, pemimpin, pertubuhan dan yang seumpama dengannya

1- Taat kepada Allah dan Rasul.
2- Mempunyai hubungan yang padu dengan Islam iaitu menjalankan amanah, beramal soleh dll. 3- Jelas matlamat dakwah
4- Bertujuan untuk menjaga maslahah sejagat atau umum.

Kaedah menentukan siapa yang tidak berhak diberi Wala' ( Bara' ) baik kepada individu, pemimpin, pertubuhan dan yang seumpama dengannya.
1- Melakukan kemungkaran iaitu zalim, melakukan maksiat dan yang seumpama dengannya.
2- Menyeleweng dan memutarbelitkan Islam.
3- Berdakwah hanya untuk kepentingan tertentu sahaja.
4- Memecah belahkan manusia.

Kaitan Wala' dan taat di dalam sesebuah organisasi, pertubuhan atau yang seumpama dengannya ialah taat merupakan satu cabang kecil di bawah Wala'.

Rukun sesbuah organisasi, pertubuhan atau yang seumpama dengannya
1- Pemimpin
2- Ahli
3- Matlamat
4- Ketaatan


Organisasi adalah milik Allah dan dibawahnya barulah pemimpin, ahli, matlamat dan ketaatan

Hukum mengikut sesuatu arahan yang diberi oleh seseorang, pemimpin atau yang seumpama dengannya apabila dipaksa.
1- Harus mengikut arahan apabila orang Islam yang dipaksa tidak dapat mempertahankan diri.
2- Orang yang dipaksa mestilah memastikan orang yang memaksa mempunyai kuasa untuk melaksanakan
siksaan.
3- Siksaan yang bakal diterima sekiranya tidak mengikut arahan adalah siksaan yang bersifat segera bukan
tertangguh.
4- Orang yang dipaksa berkeyakinan akan disiksa sekiranya tidak mengikut arahan.
5- Orang yang dipaksa yakin bahawa hatinya tidak berganjak kepada Wala' yang sebenar.
6- Tidak memudharatkan orang Islam yang lain.
7- Siksaan yang akan diberikan sekiranya tidak mengikut arahan adalah siksaan yang tidak mampu dihadapi
seperti dibakar, dibunuh dan yang seumpama dengannya.

Wala' dan pertindanan.

1- Wajib mengutamakan arahan orang yang diberi Wala'.
2- Memastikan arahan yang diberikan.
3- Padankan arahan dengan petunjuk syara'.

Suasana di Malaysia, nak Wala' kepada siapa ?
Gerakan Islam-Gerakan maksiat-Orang Kafir-Parti A atau Parti B ?

Panduan analisis

1- Siapa anda ?
# Saya adalah ahli ... dot dot dot.
# Sebagai seorang ahli ... dot dot dot wajib ke atas saya untuk mentaati pimpinan.
# Saya wajib taat pimpinan.

2- Orang yang hendak diberi Wala' mestilah orang yang menepati kaedah-kaedah yang telah disebutkan dan
sekiranya menepati dengan kaedahnya maka wajib ke atas kita Wala' kepadanya jika tidak maka sebaliknya.

3- Ulama ada menjelaskan bahawa mesti Bara' apabila nasihat yang diberikan kepada pimpinan yang
telah melakukan kemungkaran atau yang seumpama dengannya tidak mengendahkan nasihat dan teguran
tersebut.

Maka dengan ini, perlulah kita memahami ilmu ini sebagai panduan bagi kita di dalam memberikan ketaatan kepada seseorang dan sebenarnya tidak cukup sekadar dengan apa yang telah saya paparkan ini, sebaiknya kita mempelajarinya secara khusus bersama orang yang arif mengenai ilmu ini. Moga dengan sedikit paparan ini kita dapat manfaatnya.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 7:03 PM   0 comments
Hikmah Maha Pencipta
Sunday, June 17, 2007
Bismillah alhamdulillah. Hari ini merupakan hari terakhir exam. Bagi insan seperti aku, istilah hari terakhir itu masih belum dapat ku kecapi. Tinggal berbaki satu lagi ujian yang harus aku tempuhi. Bagi rakan-rakan yang lain, mungkin hari ini hari terkahir bagi mereka. Ujian berhadapan dengan Sheikh bukan untuk suka-sukaan. Degupan jantung dan bisikan rakan-rakan yang menyampaikan bait-bait cerita, membuatkan hatiku tidak tenang. Duduk dan fikir sejenak, oh! aku lupa. Memang layak lah aku tidak mengecapi semuanya hari ini. Giliran ku pada esok lusa memang tepat sekali. Kerompongan yang ada bisa ku tampal selagi berdaya.Namun, penantian itu membuatkan hatiku bertambah goncang, gelak tawa kawan-kawan begitu riang menimbulkan bibit-bibit cemburu di hati. Lebih kurang hampir setengah bulan ku berada di dalam tempoh imtihan, banyak benar cabarannya. Hanya aku sendiri yang bisa mengetahuinya. Pancaran sinaran matahari, bisa memanaskan tubuh ini, menambahkan lagi kecelaruan yang tidak berkesudahan. Heh ! namun... ketenangan yang ku miliki dan coba ku cari bisa memulih mimpi-mimpi hitam menjadi indah berseri. Inilah rahsia seorang insan yang sentiasa berharap pada Tuhan. Bukan aku, tapi semua orang. Andai Tuhan menjadi tempat pergantungan, tambah keyakinan... ketahuilah nescaya kita takkan terkecewa. Ku syukur kerna ku dipilih menjadi hambaNya...

Daerah Yang Lalu Menjadi Baru


Bismillah alhamdulillah. Astaghfirullah... kisah duka, ngeri dan tragis mengingatkan dosa dan kesilapan yang lalu. Huh! betapa lemahnya iman andai sunyi daripada benih-benih kesucian.Bak siang yang sedang menunggu munculnya mentari. Andai siang berakhir, gelap sepanjang hari... lantas kau tinggalkan siang dengan bermacam jenis kedukaan, nanti kan tahu... sememang gelap takkan pergi, siang takkan kembali. Pulang ke daerah yang lalu, bisa menginsafkan diriku. Namun, kepulangan itu takkan selama-lamanya seperti dulu. Semuanya pasti baru. Benih-benih subur yang disemai, datang dari daerah baru, penuh dengan kesucian dan segala macam unsur kebaikan. Itulah perubahan yang bisa merobah semuanya. Kisah duka kan berakhir dengan kegembiraan. Mentari yang kau fikir takkan kembali, memberi harapan dan sinar untuk kau kecapi. Gelap sepanjang hari yang kau gelisahi, bisa pergi... merobah semuanya untuk kau terus hidup dan berlari mencari destinasi yang abadi.
" Dan tidaklah taubat itu diterima Allah dari orang-orang yang mengerjakan kejahatan yang hingga apabila datang ajal kepada seseorang dari mereka, barulah mereka mengatakan " sesungguhnya saya bertaubat sekarang " dan tidak pula diterima taubat orang-orang yang mati sedang mereka dalam kekafiran. Bagi orang-orang itu kami telah sediakan siksa yang pedih "
An-Nisaa' : 18
Moral : Andai dah nampak dosa yang dibuat, jangan dok termenung kenang je, cepat-cepatlah bertaubat sebelum tak sempat.
Dari Ibnu Umar Radhiallah 'Anhuma katanya : Rasulullah S.A.W memegang bahuku lalu ia bersabda : " Hendaklah engkau berada di dalam dunia seolah-olahnya engkau orang berdagang, atau orang yang sedang melalui di jalan pengembara. Dan adalah Ibnu Umar R.A berkata : Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau menunggu pagi, dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau ". Diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Qarun Apolosia

Bismillah alhamdulillah. Lama dah tak update blog ni. Rasa segan mula terbit dalam diri ini. Pelik, tapi benar. Peperiksaan yang datang tanpa diundang, bakal bertandang menuju pulang. Aku yang terkapai penuh kedukaan, sedikit rasa berbaur kegembiraan. Rasa bukan statik hakikatnya. Ibarat langit berubah cuaca. Laut bergelora, adakala tenang hendaknya. Hari-hariku, jua hari-hari mu, pasti ada yang tersembunyi. Ibarat tasik qarun yang tenang, dibaliknya, punya hakikat yang terpendam, jauh mendalam. Qarun!!! harta mu menggunung tinggi, tak sanggup orang nak memikulnya. Kau lupa, kau alpa... nah, aku dapat lihat, orang lain dapat lihat, yang dulu, yang sekarang... keangkuhanmu menjadi tatapan. Aduhai... sadisnya, hidup punya dunia, namun hina disisi penciptanya. Begitulah kisahnya, hidup punya erti ... dunia penuh dengan uji, tempuhilah...tempuhilah, hikmah jauh tersembunyi, carilah... dan carilah. Kamarku /12Jun2007/1:48pm

Episod Blog : Destinasi Abadi

Bismillah Alhamdulillah. 3:05am/16Mei2007/kamar ku. Waktu ku benar-benar asing. Mata ku masih gagah. Lewat malam, ku teruskan langkah seperti biasa. Bukan mudah untuk semua ini. Cuma, terpancul satu persoalan di benak fikiran ku. Bagaimanakah sang penulis cerita, dapat mencipta bait-bait meruntum jiwa hingga tak mampu dihitung banyaknya ? .Mana mungkin sama dengan sang empunya diri. Sebaris kata, bagai nak pecah tempurung kepala ini diperahnya, inikan semacam kitab yang cuba nak dikeluarkan. Alamak, tunggu sang uban keluar pun belum tentu dapat direalisasikan. Oh ! tidak. Kalam hikmat yang pernah ku lafazkan, takkan ku biarkan begitu saja. " takda apa yang mustahil dalam dunia ini " melainkan hanya dengan kekuasaan Tuhan. Jika itu, hanya bisa, ku terima dan ku akur. Namun, episod blog ku ini, takkan ku henti, selagi destinasi abadi belum dapat ku jejaki. Aduhai... tak sabar rasanya. Huh ! mudah bunyinya. Aku lupa, hakikatnya tidak semudah yang disangka. Oh, tidak..tidak... Kalau begini caranya, usah bermimpi nak jejakinya. Bermakna ? Fuhhhh... Hanya Allah saja yang tahu. Ya Allah bantulah hamba-hamba Mu ini. Ameen Ya Rabb.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 11:37 AM   0 comments
BIODATA KU


Destinasi Abadi ' 07
Sepang, Selangor, Malaysia
"Projek Islah Tanpa Henti"
Lihat Butiran Sepenuhnya

WAKTU SOLAT
LAMAN MUSLIMIN
LAMAN MUSLIMAT
LAMAN PENULIS
LAMAN POPULAR
UNDI PANDANGAN

Adakah Anda Bersetuju Dengan Islam Hadhari ?
Setuju
Kurang Setuju
Tidak setuju
Bida'ah
  
Terima Kasih Daun Keladi
ARTIKEL
ARKIB
ANGKA PENGUNJUNG


Profile Hit Counter
Free MySpace Page Counter provided by ModMyProfile.com

SEMAK DAFTAR PEMILIH
DITAJA OLEH

Free Blogger Templates

BLOGGER

var message="Ingatlah Allah selalu... "; function click(e) { if (document.all) { if (event.button==2||event.button==3) { alert(message); return false; } } if (document.layers) { if (e.which == 3) { alert(message); return false; } } } if (document.layers) { document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN); } document.onmousedown=click; // -->