بسم الله الرحمن الرحيم   السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته   أهلا وسهلا  ومرحبا بكم الى  دستيناسي أبدي
CAIRO

SELANGOR

ULAMA AMILIN
RUUHUL JADID

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

KHAIBAR! KHAIBAR! YA YAHUD!

JAISYU MUHAMMAD!

SAWFA YAHUD! BIRRUH! BIDDAM!

NAFDIKKA YA ALLAH!


UNDI PANDANGAN

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
  
Terima Kasih Daun Keladi
RUANG PESANAN

Terima Kasih Daun Keladi
ALUNAN AL-QURAN

 
LAGU KU
Relaks Minda


Want one? Go to www.geocities.com/testiflash

UNDIAN MUHASABAH

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Azharian's Topsite

Ukhwah.com :: Top Blog

Malaysian Muslim Blogs

Self Correction
Saturday, July 21, 2007
Bismillah alhamdulillah

” Kita perlukan perubahan, kita harus ubah mentaliti masyarakat bahawa parti PAS bukan parti musuh atau parti lawan akan tetapi parti PAS adalah parti pilihan “

Lafaz yang diucapkan oleh salah seorang aktivis PAS. Soalnya bukan siapa, tapi apa yang diucapkannya itu pokok pemula bicara.

Bila bicara soal memilih, sudah tentu ada yang memilih dan yang dipilih. Kedua-duanya mempunyai hubung kait diantara satu sama lain. Kata-kata tersebut jika difokuskan kepada pertubuhan, parti dan sebagainya, maka sudah tentu jalan terbaik bagi mendapat sokongan adalah dengan memikat hati masyarakat. Mungkin terdapat perbezaan jalan dan caranya saja, namun maksudnya sama. Konsep yang sama juga, mesti dilakukan dalam tugas-tugas dakwah. Apa-pun, sebenarnya, tiada beza diantara orang yang menjalankan tugas dakwah tanpa melibatkan diri di dalam mana-mana platform dengan orang yang menjalankan tugas di dalam persatuan atau pertubuhan serta parti politik jika ia mempunyai matlamat yang sama iaitu berdakwah. Maka yang paling penting adalah matlamatnya. Cuma, berkerja dalam keadaan berkelompok atau berjemaah lebih baik daripada bersendirian. Ini telah diketahui umum.

Berbalik kepada skop perbincangan. Secara umumnya.pengaruh itu adalah amat penting. Untuk menjadi individu (pendakwah) yang berpengaruh pula banyak caranya kerana orang yang akan terpengaruh itu biasanya pelbagai kerenah dan ragam . Maka, kefleksibelan bagi para pendakwah amat penting. Bagi orang yang menganggap dirinya sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk menyeru kepada manusia supaya sentiasa berada di atas jalan kebenaran dan menyeru manusia yang berada di dalam kesesatan agar kembali ke pangkal jalan, makanya kita perlu bijaksana dan pandai memikat hati orang yag bakal diseru.

Jalan yang baik dan betul adalah jalan yang mesti kita ikuti ,bukan dengan jalan yang bersalahan dengan kehendak dan hak-hak yang sepatutnya. Di sini, kita juga perlu mengenal siapakah orang yang bakal kita seru. Baik dari segi peribadinya, kehendaknya dan pemikirannya. Dengannya barulah kita mampu untuk menembusi jurang yang kebiasaanya wujud diantara individu yang menyeru dengan individu yang bakal menerima seruannya itu. Penyesuaian segala tindakan adalah bergantung kepada susana, situasi dan keperluan. Tindakan tanpa perancangan dan penilitian biasanya akan menyebabkan kegagalan. Kejayaan dan keberkesanan, biasanya bukan mudah untuk dicapai dalam masa yang singkat. Namun ada kemungkinan dan tidak mustahil ianya akan berjaya dan berkesan dalam masa yang singkat. Komitmen yang berpanjangan juga merupakan perkara yang paling penting. Di sini kesabaran seseorang itu akan teruji.

Melihat senario pada hari inilah, menyebabkan rasa terpanggil untuk saya berkongsi segala peringatan yang biasa diulang sebut terutamanya dikalangan pendakwah, pakar dan yang seangkatan dengannya. Saya melihat kepada apa yang berlaku pada negara kita hari ini, makanya ia berhajat kepada suatu tindakan. Sebab tanpa kesedaran, untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam tidak akan tercapai.

Siapa lagi kalau bukan kita? Kita kena segera bertindak dan pandai mengawal tindakan kita selaras dengan apa yang dibenarkan dalam Islam. Tiada ruginya. Kita dapat memikat hati masyarakat supaya sentiasa berada dalam jalan kebenaran, itu merupakan satu bonus untuk kita. Dan yang paling penting adalah demi Islam yang tercinta.

Ingatlah, kita lihat masyarakat sekarang ramai yang telah menyimpang jauh dari batas-batas Islam, dan dalam masa yang samalah ramai orang yang berhajat dan berkehendakkan kepada orang yang dapat membawa dan mengembalikan mereka ke jalan yang benar.

”Dakwah yang bijaksana mampu mencapai tahap keberkesanan yang paling maksimum”.
“Jangan jadikan orang lain musuh kita, tapi jadikan musuh itu kawan kita ”

Bagaimana ? Fikirkan bersama dan yang pasti biarlah ia kena pada tempatnya.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 11:01 PM   0 comments
Anak Genius Deklamasi Sajak Buat Anwar Ibrahim
Friday, July 6, 2007

posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 5:36 AM   0 comments
BIODATA KU


Destinasi Abadi ' 07
Sepang, Selangor, Malaysia
"Projek Islah Tanpa Henti"
Lihat Butiran Sepenuhnya

WAKTU SOLAT
LAMAN MUSLIMIN
LAMAN MUSLIMAT
LAMAN PENULIS
LAMAN POPULAR
UNDI PANDANGAN

Adakah Anda Bersetuju Dengan Islam Hadhari ?
Setuju
Kurang Setuju
Tidak setuju
Bida'ah
  
Terima Kasih Daun Keladi
ARTIKEL
ARKIB
ANGKA PENGUNJUNG


Profile Hit Counter
Free MySpace Page Counter provided by ModMyProfile.com

SEMAK DAFTAR PEMILIH
DITAJA OLEH

Free Blogger Templates

BLOGGER

var message="Ingatlah Allah selalu... "; function click(e) { if (document.all) { if (event.button==2||event.button==3) { alert(message); return false; } } if (document.layers) { if (e.which == 3) { alert(message); return false; } } } if (document.layers) { document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN); } document.onmousedown=click; // -->