بسم الله الرحمن الرحيم   السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته   أهلا وسهلا  ومرحبا بكم الى  دستيناسي أبدي
CAIRO

SELANGOR

ULAMA AMILIN
RUUHUL JADID

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

KHAIBAR! KHAIBAR! YA YAHUD!

JAISYU MUHAMMAD!

SAWFA YAHUD! BIRRUH! BIDDAM!

NAFDIKKA YA ALLAH!


UNDI PANDANGAN

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
  
Terima Kasih Daun Keladi
RUANG PESANAN

Terima Kasih Daun Keladi
ALUNAN AL-QURAN

 
LAGU KU
Relaks Minda


Want one? Go to www.geocities.com/testiflash

UNDIAN MUHASABAH

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Azharian's Topsite

Ukhwah.com :: Top Blog

Malaysian Muslim Blogs

Umat Dan Masjid
Friday, September 14, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket




Hanyalah yang memakmurkan masjid-masjid Allah ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari kemudian serta tetap mendirikan salat, menunaikan zakat, dan tidak takut kepada siapa pun kecuali kepada Allah, maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan orang-orang yang mendapat petunjuk (Q.S. At-Taubah: 18)

Dulu sewaktu saya berada di malaysia, sempat merasai zaman yang begitu 'menyengalkan'. Satu notis ditampal di dinding sebuah masjid, menegaskan bahawa solat hajat tidak dibenarkan untuk dilakukan di masjid tersebut, atas sebab takut penyalahgunaan solat hajat kepada kepentingan politik. 'Macam budak-budak'. Budak-budak pun tahu apa gunanya masjid tu.

Dulu juga, pernah timbul isu solat terawih di mana ada pihak yang menyatakan bahawa tazkirah di pertengahan solat terawih tidak sesuai. Hari ini, isu itu timbul kembali. Tak kurang juga masalah solat 8 rakaat dan 20 rakaat. Sila baca artikel berkenaan kenyataan Menteri Besar Selangor yang memaksa masjid-masjid
menunaikan solat terawih 20 rakaat --->> dan sila baca artikel berkenaan hukum dan perlaksanaan solat terawih --->>

Nampaknya, kebebasan intitusi masjid dalam menjalankan aktiviti agama telah pun dijajah. Tiada lagi erti kebebasan. Bagi saya mereka ni sebenarnya takut dengan bayang-bayang sendiri dan
'cakap tak serupa bikin'.

Merujuk kepada perjalanan sejarah ketika Nabi Muhammad akan membangun sebuah masyarakat yang diutamakan adalah membangun masjid. Ini pula yang terjadi saat akan membangun Kota Madinah (dulunya bernama Yatsrib) dengan terlebih dahulu membangun fondasi masyarakat melalui masjid.

Tak heran apabila masjid di zaman Rasulullah yang didirikan atas fondasi takwa (ussisa 'alattaqwa) berubah menjadi tempat yang multifungsi. Mulai dari pusat kegiatan umat, tempat pendidikan, pengembangan ekonomi umat, kesihatan umat terutama merawat prajurit yang terluka saat perang fi sabilillah, dan ketahanan umat.

Rasulullah s.a.w. bersabda kepada Abu Zar:


Kewajiban kepadamu adalah jihad kerana itulah adalah pertapaan umatku. (riwayat Ibn Hibban dan al-Hakim-hadis hasan).


Al-Qaradawi juga menyebut:



“Masjid Nabi itu madrasah dakwah, juga pejabat negara Islam. Padanya Nabi memberikan kerja bagi yang menganggur, ilmu kepada yang jahil, pertolongan kepada fakir, memandu urusan kesihatan dan kemasyarakatan, menyebarkan berita penting untuk umat, bertemu dengan diplomat asing, mengatur tentera di medan perang, menghantar pendakwah, perwakilan perdamaian.” (Al-Qaradawi, Al-‘Ibadah fi al-Islam, m.s. 233, Beirut: Muassasah al-Risalah)

Tokoh Islam terkenal di masa ini, Dr. ‘Imad ad-Din Khalil dalam karyanya Dirasah fi al-Sirah ketika mengulas tentang fungsi masjid yang diasaskan oleh Rasulullah berkata,
‘‘Masjid bukannya tempat ibadat dan solat semata-mata, bahkan kedudukannya sama seperti kedudukan Islam itu sendiri, mencakupi berbagai- bagai sudut al-din, politik dan kemasyarakatan.’’(m.s. 149 Beirut: Dar al-Nafais)

Namun kini, fungsinya telah dihadkan kepada skop yang lebih sempit. Akhirnya, banyak kita dengar, ada masjid-masjid yang tidak dibenarkan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti keagamaan terutamanya dalam penyampaian ceramah, tazkirah dan seumpamanya. Lantas, berlakulah kejadian meroboh masjid, meng'gam' penceramah-penceramah dan bermacam lagi ke'fasadan' yang berlaku.

Oleh itu sedarlah wahai umat ... jangan biarkan ia berlaku lagi ... bersama kita pertahankan masjid kita dari dicerobohi oleh 'orang yang tak berguna' !!!
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 4:06 PM   0 comments
BIODATA KU


Destinasi Abadi ' 07
Sepang, Selangor, Malaysia
"Projek Islah Tanpa Henti"
Lihat Butiran Sepenuhnya

WAKTU SOLAT
LAMAN MUSLIMIN
LAMAN MUSLIMAT
LAMAN PENULIS
LAMAN POPULAR
UNDI PANDANGAN

Adakah Anda Bersetuju Dengan Islam Hadhari ?
Setuju
Kurang Setuju
Tidak setuju
Bida'ah
  
Terima Kasih Daun Keladi
ARTIKEL
ARKIB
ANGKA PENGUNJUNG


Profile Hit Counter
Free MySpace Page Counter provided by ModMyProfile.com

SEMAK DAFTAR PEMILIH
DITAJA OLEH

Free Blogger Templates

BLOGGER

var message="Ingatlah Allah selalu... "; function click(e) { if (document.all) { if (event.button==2||event.button==3) { alert(message); return false; } } if (document.layers) { if (e.which == 3) { alert(message); return false; } } } if (document.layers) { document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN); } document.onmousedown=click; // -->