Barangsiapa yang mengaku tiada tuhan melainkan Allah maka dia adalah seorang pendakwah. Maka siapa lagi kalau bukan kita (umat Islam) ?. Berkenaan dengan tanggungjawab dan kefarduan berdakwah ini, telah jelas hukumnya. Selepas kejatuhan khilafah Islam Turki Uthmaniah pada tahun 1924, tanggungjawab untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam itu menjadi satu kefarduan ke atas kita semua. Hari ini kita dapat lihat dunia bagaimana dan telah jelas bahawa kita selaku pendakwah ini memang menghadapi begitu banyak mehnah dan tribulasi yang tidak dapat tidak harus kita tempuhi. Inilah perkara yang saya ingin utarakan pada post kali ini iaitu berkenaan cabaran dan ujian yang dihadapi serta persediaan yang perlu ada bagi diri seorang pendakwah. Hal ini ada dinyatakan di dalam sebuah kitab yang bertajuk " Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah" karangan Dr Fathi Yakan. Mungkin boleh diceritakan sedikit gambaran berkenaan isi kitab tersebut. Untuk keterangan secara terperinci, seeloknya kita sendiri mendapat kitab ini dan membacanya.
Dinyatakan bahawa, terdapat lima cabaran atau rintangan yang perlu dihadapi oleh pendakwah yang mengaku Allah itu tuhannya, Muhammad itu nabinya, dan al-Quran itu perlembagaannya, serta beriltizam dengan apa yang diimaninya iaitu :
1) - Orang mu'min yang dengki kepadanya. 2) - Orang munafik yang benci ke atasnya. 3) - Orang kafir yang membunuhnya. 4) - Syaitan yang menyesatkannya. 5) - Nafsu yang akan sentiasa meransangnya.
Jadi, inilah rintangan yang disebutkan pengarang di mana sumbernya adalah berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. Memang tidak dapat dinafikan lagilah, semua itu memang benar.
Seterusnya dijelaskan pula pada bahagian kedua kitab ini ialah sifat-sifat yang perlu ada bagi diri seorang pendakwah yang ada disebutkan di dalam al-Quran pada Surah at-Taubah, ayat yang ke 112, juzuk yang ke 11 iaitu :
1) - Orang-orang yang bertaubat. 2) - Orang-orang yang beribadat. 3) - Orang-orang yang memuji Allah. 4) - Orang-orang yang berjalan mencari ilmu atau berjihad. 5) - Orang-orang yang ruku'. 6) - Orang-orang yang sejud. 7) - Orang-orang yang menyuruh berbuat ma'aruf. 8) - Orang-orang yang mencegah berbuat mungkar. 9) - Orang-orang yang memelihara hukum hakam Allah.
Maka, bagi mereka yang mempunyai sifat-sifat ini...berita gembiralah untuknya.
Seterusnya dijelaskan di dalam kitab tersebut, bekalan tambahan yang perlu ada bagi diri seorang pendakwah untuk perjalanan menuju hari akhirat dan ianya juga berdasarkan apa yang telah disebut oleh Rasulullah S.A.W iaitu :
1) - Berpuasa pada hari bersangatan panas untuk persediaan mengahapi hari kebangkitan. 2) - Solat dua rakaat pada kegelapan malam untuk persediaan menghadapi kesunyiaan di dalam kubur. 3) - Dapat melaksanakan perkara yang sukar. 4) - Berkata benar dan menahan diri dari berdusta. 5) - Bersedekah dan menyembunyikannya.
Pada bab yang terakhir pula ada dinyatakan bahtera yang mesti dimiliki bagi diri seorang pendakwah. Manakala penjelasan secara terperinci bagi setiap bab juga terdapat di dalam kitab tersebut.
Adapun tujuan utama kitab ini dikarangan adalah ingin menjelaskan bahawa tanpa persediaan yang telah disebutkan tadi, maka tidak akan berjayalah kerja-kerja dakwah yang dijalankan. Dilihat juga banyaknya masaalah, penyelewangan serta fitnah yang berlaku pada kehidupan seorang pendakwah adalah berpunca dari kecuaian pendakwah itu sendiri atas sebab tiadanya persediaan yang menyebabkan terhalangnya mesej dakwah itu untuk sampai kepada orang yang diberi dakwah. Ini adalah kerana " orang yang tidak mempunyai apa-apa, tidaklah dapat memberi ". Jadi, sekadar ini sajalah yang dapat saya kongsi melalui kitab " Bahtera Penyelamat ......" ini.
Untuk mengetahuinya secara lebih detail, eloklah jikalau kita memiliki kitab tersebut serta membaca atau mempelajarinya sendiri. Kalau ada berlaku kesilapan dan kesalahan, diharap dapat diperbetulkan. Wallahhu Ta'ala A'lam. Selamat berjuang wahai dua't. |