Bismillah Alhamdulillah. Hari ini tiada catatan menarik yang boleh dikongsi. Mungkin saya sendiri tidak mencorak hari yang ada ini dengan sebaiknya. Begitulah manusia. Mungkin di sana ada sesuatu yang kita terlupa. Tentang hidup kita yang hakikatnya hanya sementara. Mungkin juga kita merasa hidup kita masih lama atau mungkin juga kita telah terleka dengan nikmat dunia. Semuanya mungkin, mungkin, mungkin namun ada satu yang pasti. Iaitu diri kita. Pastinya diri kita yang mengetahui apa yang melanda. Fikir-fikirkanlah. Skip !!!
Tadi baru chat dengan kawan lama. Seronok rasanya. Maaf...mungkin saya tak dapat nak catatkan episod-episod blog ini dengan post-post yang lebih ilmiah dan bermanfaat. Namun jauh dilubuk hati, mengharapkan setiap huruf yang tertera di skrin ini, dapat memberi keuntungan kita bersama walau sekelumit cuma. Untuk post kali ini, saya mengajak kepada diri saya dan sahabat-sahabat semua, agar kita dapat mengahargai erti persahabatan dan persaudaraan. Ingatlah, erti perhubungan yang sebenar bukanlah didasarkan atas mempunyai minat yang serupa, bukan juga baiknya si dia atau sebagainya, akan tetapi ianya hendaklah didasarkan dengan sebab pegangan akidah yang satu. Like i said, its a simple, but remember its so difficult to translate in our freindship and our life. Take a time to think about it.
Untuk akhirnya, buat sahabat ku Shahzan Ezlan bin Haji Manja yang baru sembang sekejap tadi, moga dapat menjalankan tugas dengan baik, manfaatkan ilmu yang ada sebaiknya. Juga buat sahabat-sahabat semua, moga kalian bahagia dunia dan akhirat. |