Bismillah Alhamdulillah, Hidup ini tak selalu indah, langit tak selalu cerah. Hidup ada masa kuat ada masa lemah. Begitulah jua iman kita. Bila mana kita kuat alhamdulillah. Tapi bagaimana andai iman kita lemah? Apa tindakan kita untuk mencari semula kekuatan itu? Teringat satu kata-kata yang bermaksud " Sesungguhnya setiap amal itu ada masanya lemah dan masa lemah itu ada tempohnya, maka ketika lemah itu, hendaklah kita kembali kepada Allah dan RasulNya iaitu al-Quran dan as-Sunnah". Inilah hakikatnya. Bilamana kita menjadikan Allah dan Rasul itu tempat pergantungan kita maka insyaAllah hidup kita kan berjaya. Dan diantara yang dituntut di dalam al-Quran dan as-Sunnah ialah mendekati dan mendampingi ulama'. Rasanya dah sampai maksud fokus post kali ini. Sedikit pengalaman yang boleh dikongsi. Bilamana jiwa saya tak tenang, iman pun rasa lemah dalam masa yang sama saya pergi mengikuti pengajian, ceramah atau yang seumpama dengannya, saya dapat rasakan satu perubahan dalam diri saya dari segi semangatnya yang berkobar-kobar, iman rasa kuat, jiwa sayu dan tenang je. Waktu itu, kita rasa ingin berubah dan ingin menjadi yang terbaik. Itulah salah satu cara untuk memulihkan kembali iman kita yang lemah. Ini bukan tipu atau cerita dongengan. Kisah benar punya. Saya yakin kita semua pernah merasai situasi begitu. Jadi, apa kesimpulan yang kita boleh buat daripada omong-omong kosong ni?..... Maka, tidak lain tidak bukan ialah perlunya diri kita ini sentiasa mendampingi dan mendekati ulama'. Jangalah masa kita dihabiskan berdampingan dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya bersama kita. " Sesungguhnya hamba-hamba yang takut kepada Allah adalah dikalangan hamba-hambanya yang berilmu / ulama' ", dan ketahuilah bahawa ulama' itu pewaris para nabi. Walhhuta'ala 'alam. |