Bismillah Alhamdulillah, sebenarnya takda apa yang menarik yang dapat saya paparkan pada blog saya ini. Cumanya, saya sentiasa berfikir...terkadang di dalam kita melakukan sesuatu itu, kita telah lari dari matlamat yang sebenar. Jadi saya ambil peluang dan kesempatan yang ada ini, untuk sama-sama kita muhasabah terutamanya para blogger yang ada di alam dakwah maya ini. Kita semua tahu bahawa dakwah itu merupakan suatu kefarduan ke atas umat islam. Ada banyak wasilah yang boleh kita gunakan dan salah satunya adalah melalui blog. Tapi kita haruslah ingat yang ini adalah salah satu cara untuk kita sampaikan dakwah kita dan banyak lagi cara-cara yang lain. Inilah perkara yang saya ingin fokuskan. Maknanya kita berpegang bahawa ini adalah salah satu daripada banyak cara dan jangan menganggap bahawa sudah cukup dengan cara ini saja. Dan perkara yang paling penting, adalah keikhlasan. Ini tidak lebih untuk memperingatkan diri saya. Satu lagi, kita ada berbagai tangunggjawab. Jangan sebab kita sebuk dengan blog ni, tanggungjawab lain terabai. Jadi sama-samalah kita muhasabah. Wallahuta'ala A'lam. |