Bismillah Alhamdulillah. Beberapa hari yang lalu, saya ada memaparkan gambar AZLINA JAILANI bersama peguam-peguamnya dan ada menyatakan bahawa dia ni dah menang di dalam kesnya. Jadi, ini sebenarnya hanya khabar angin yang mana saya sendiri terlepas pandang setelah mana diteliti berdasarkan kenyataan oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai. Yang pastinya, mahkamah persekutuan belum lagi membuat apa-apa keputusan tentang kesnya itu. Jadi, perkara ini perlulah dipandang serious. Kita boleh pandang dari satu sudut bahawa, mungkin inilah usaha-usaha yang dibuat oleh musuh-musuh Islam yang mana mereka menyebarkan berita-berita palsu dan tidak berasas sekaligus ia memberi kesan yang tidak baik kepada umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Keputusan masih belum pasti lagi. Jadi apa tugas kita !!! Banyak-banyak berdoa dan sama-samalah kita memandang ianya sebagai perkara yang tidak boleh dipandang enteng. Masalah murtad ini perlulah dibincangkan dikalangan kita umat Islam. Ini kerana ada dikalangan kita, seolah-olah memandang isu-isu ini seperti tidak ada apa-apa. Inilah yang membimbangkan kita. Di mana sensitiviti kita !!! Andai kata, AZLINA JAILANI ni menang di dalam kesnya. Maka, ianya akan memberi impaks buruk yang amat besar kepada Islam khususnya di negara kita Malaysia. Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Hari ini, kita dapat melihat bahawa, sistem perundangan dan perlembagaan di dalam negara Malaysia ini seolah-olah tidak mempunyai satu tunjang kekuatan sehinggakan ianya boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Walhal kita tahu hanya satu penafsiran sahaja yang betul. Akan tetapi, sudah menjadi sunnatullah, musuh Allah ini akan mencari lubang-lubang atau peluang-peluang untuk menghancurkan Islam. Siapa tak sayang Islam. Saya yakin kita semua sayang dan cinta agama Allah ini. Jadi, tidak cukup sekadar kita melafaznya, bahkan kita perlu melaksanakannya. Maka, di sini perlunya kita membina kesatuan dan mencipta kekuatan yang luar biasa sehingga mana musuh Allah ini gerun dan sememangnya mereka gerun melihat, mendengar dan takut berhadapan dengan satu pegangan dan ajaran yang diberi nama ISLAM. TAKBIR !!! ALLAHU AKBAR !!! |