بسم الله الرحمن الرحيم   السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته   أهلا وسهلا  ومرحبا بكم الى  دستيناسي أبدي
CAIRO

SELANGOR

ULAMA AMILIN
RUUHUL JADID

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

KHAIBAR! KHAIBAR! YA YAHUD!

JAISYU MUHAMMAD!

SAWFA YAHUD! BIRRUH! BIDDAM!

NAFDIKKA YA ALLAH!


UNDI PANDANGAN

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
  
Terima Kasih Daun Keladi
RUANG PESANAN

Terima Kasih Daun Keladi
ALUNAN AL-QURAN

 
LAGU KU
Relaks Minda


Want one? Go to www.geocities.com/testiflash

UNDIAN MUHASABAH

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Azharian's Topsite

Ukhwah.com :: Top Blog

Malaysian Muslim Blogs

Membunuh Dalam Diam
Monday, October 15, 2007

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tak tahu bagaimana nak ‘menyekolahkan’ penghisap rokok ni. Agaknya macam mana lah kisah kesudahan hidup seorang perokok. Kalau lah ada seratus orang yang seperti saya sudah tentu hidup mereka takkan bahgia. Sememangnya ada, bahkan lebih dari itu. Apa tidaknya. Setiap kali asap yang menyelusup masuk ke hidung ini, ianya membuatkan saya tidak tenang, marah yang tak dapat diluahkan. Bila mereka nak bertaubat ? Mereka terselamat sebab saya tiada kekuatan untuk ‘menyekolahkan’ mereka. Kalau dalam kempen untuk pemandu-pemandu kenderaan di jalan raya ada menggunakan ungkapan ‘ingatlah orang yang tersayang’ maka, sesuai bangatlah kalau ungkapan tersebut digunakan untuk kempen kepada perokok. Apakah hukum kita menyakiti, atau membunuh orang tanpa sebab ? Berdosa ! Dalam hal ini bagaimana pula ? Fikirkan sejenak.

Saya pelik, perkara apa lagi yang hendak dibuktikan kepada mereka tentang bahayanya rokok ? Saya sempat berbual dengan sahabat saya yang merokok dengan slumber dia berkata :
bagi aku rokok tu memang haram dan tak ada faedah
Lantas menyertakan ungkapannya itu dengan :
tapi susahlah nak berhenti, tak boleh !
Dalam hati, saya sempat menjawab :
kalau nak seribu daya, kalau tak nak, ada saja alasannya
Ada lagi hujah yang lebih baik daripada itu tak ? Mungkin kita boleh bertukar-tukar pendapat atau mungkin dengan pendapat-pendapat kalian yang sungguh bernas itu boleh mengubah personaliti saya menjadi seorang perokok seperti kalian ?Sekurang-kurangnya ‘ingatlah orang yang tersayang’. Saya tidak bermaksud untuk menyakiti sesiapa tapi sekadar saling ingat mengingati. Sampai bila ? Membuatkan orang lain marah dan benci, amalan yang sungguh muliakah itu ? Bahkan menyebabkan orang lain yang tidak ada kena mengena menerima padahnya. Nauzubillah min zalik. Mudah-mudahan selepas saat ini, kita ‘ingat orang yang tersayang’ lagi-lagi kita baru saja melepasi bulan tarbiyah. Kalau kita mampu untuk tidak merokok pada bulan ramadhan, mengapa tidak di bulan yang lain ? tepuk dada tanya iman.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 7:24 AM   0 comments
Pencetusa Kebangkitan
Sunday, October 7, 2007
Khas buat pegawai JAIS dan polis yang 'tiada kesedaran' :

Nak ditelan mati anak, diluah mati bapak . Susah benarkah hendak menyatakan kebenaran ? Inilah jadinya bila mengharap pada pagar yang tak boleh harap. Tapi terima kasih lah, sebab boleh buat orang seperti saya ni benci dan terus benci dengan 'mereka-mereka' yang bersifat zalim. Bukan saja benci, bahkan telah membuatkan orang seperti saya ni bangkit dan insyaAllah akan terus bangkit. Kita patut katakan yang kita tidak takut pada 'mereka'. Nak tangkap ! nak tarik pinjaman! nak buang kerja ! katakan "saya tak takut pada kamu" yang saya takut hanyalah Allah. Buatlah apa yang kamu suka, tidak sedikit pun saya akan berganjak " !!!

Mungkin semangat 'keselangoran' itu ada dalam jiwa kerdil ini, sebab itulah bila melihat tangan-tangan manusia yang cuba menyekat suara-suara kebenaran, saya tak boleh berdiam diri. Namun, bukanlah sebab negeri yang membuatkan saya bangkit, akan tetapi disebabkan Islam dan kebetulan peristiwa 'itu' terjadi di tempat kelahiran saya. Nak mengadakan pengajian dan tazkirah pun tak boleh ? Itu yang berlaku di Malaysia. Bagaimana pula di luar negara ? 'mereka' diterbangkan ke luar negara kononya untuk menjaga kebajikan pelajar. Percayakah kita bila berbicara dengan 'mereka' yang cakap tidak serupa bikin ? Konon tak iktiraf persatuan yang ada kaitan dengan politik, tapi 'mereka' sendiri terlibat dengannya. Orang India cakap " pooorahhh !!! " . Biarlah mati 'mereka' tapi jangan mati Islam. Disebabkan nak jaga hati mereka, kita sanggup menggadaikan Islam untuk membuktikan ketakutan kita kepada 'mereka'. Katakanlah " sesungguhnya aku takut kepada Mu ya Allah " . Mudah-mudahan hati kita ditetapkan pada jalanNya yang benar.
Orang melayu ada berkata " Manakan pokok tumbang kalau tak disebabkan kayu " itulah perumpamaan melayu zaman dahulu yang memperumpamakan sikap orang melayu sebilah kapak yang digunakan untuk menebang pokok kayu. Pokok itu takkan tumbang dengan hanya mata kapak yang menebangnya, akan tetapi disebabkan bantuan pemegang mata kapak yang berasal dari kayu itulah, maka pokok itu berjaya ditumbangkan. Inilah realiti ! melayu takkan rosak kalau bukan melayu sendiri yang merosakkannya. Sejarah tanah melayu ketika dijajah oleh british, siapa yang menangkap pejuang-pejuang tanah air seperti Mat Kilau kalau bukan orang melayu yang membantu british menangkapnya. Manakan ulama' rosak kalau tak ulama' sendiri yang merosakkannya. Manakan Islam rosak kalau bukan Islam sendiri yang merosakkannya.

Oleh sebab itulah sebagai umat Islam, kita sendiri lah yang bertanggungjawab untuk menjaga dan memartabatkan agama Islam itu sendiri. Siapa lagi kalau bukan kita ? Nak mengharapkan pagar yang tak boleh harap seperti 'mereka' ? harap-harap 'mereka' bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Malu kita nanti bila berhadapan dengan Allah s.w.t di akhirat kelak, apabila ditanya, apakah sumbangan mu untuk Islam ? Muhasabahlah ....

Hai orang-orang yang beriman, barangsiapa yang murtad diantara kamu daripada agama Islam, nanti Allah akan medatangkan satu kaum, Allah mengasihi mereka dan mereka mengasihi Allah, mereka lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan keras terhadap orang yang kafir, mereka berjuang pada jalan Allah dan tidak takut akan cerca orang yang mencerca. Demikian itu kurnia Allah diberikannya kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Allah luas kurnianya lagi maha mengetahui.

Sesungguhnya wali kamu ialah Allah, RasulNya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan sembahnyang dan menunaikan zakat sedang mereka itu tunduk kepada Allah.

Barangsiapa mengangkat Allah, rasulNya dan orang-orang yang beriman menjadi wali, maka sesungguhnya golongan Allah itulah yang menang - Surah al-Maidah : 84-85

posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 2:11 PM   1 comments
BIODATA KU


Destinasi Abadi ' 07
Sepang, Selangor, Malaysia
"Projek Islah Tanpa Henti"
Lihat Butiran Sepenuhnya

WAKTU SOLAT
LAMAN MUSLIMIN
LAMAN MUSLIMAT
LAMAN PENULIS
LAMAN POPULAR
UNDI PANDANGAN

Adakah Anda Bersetuju Dengan Islam Hadhari ?
Setuju
Kurang Setuju
Tidak setuju
Bida'ah
  
Terima Kasih Daun Keladi
ARTIKEL
ARKIB
ANGKA PENGUNJUNG


Profile Hit Counter
Free MySpace Page Counter provided by ModMyProfile.com

SEMAK DAFTAR PEMILIH
DITAJA OLEH

Free Blogger Templates

BLOGGER

var message="Ingatlah Allah selalu... "; function click(e) { if (document.all) { if (event.button==2||event.button==3) { alert(message); return false; } } if (document.layers) { if (e.which == 3) { alert(message); return false; } } } if (document.layers) { document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN); } document.onmousedown=click; // -->