بسم الله الرحمن الرحيم   السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته   أهلا وسهلا  ومرحبا بكم الى  دستيناسي أبدي
CAIRO

SELANGOR

ULAMA AMILIN
RUUHUL JADID

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

KHAIBAR! KHAIBAR! YA YAHUD!

JAISYU MUHAMMAD!

SAWFA YAHUD! BIRRUH! BIDDAM!

NAFDIKKA YA ALLAH!


UNDI PANDANGAN

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
  
Terima Kasih Daun Keladi
RUANG PESANAN

Terima Kasih Daun Keladi
ALUNAN AL-QURAN

 
LAGU KU
Relaks Minda


Want one? Go to www.geocities.com/testiflash

UNDIAN MUHASABAH

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Azharian's Topsite

Ukhwah.com :: Top Blog

Malaysian Muslim Blogs

Vote For Crazy Statement
Thursday, April 26, 2007
Bismillah Alhamdulillah.

" Semua pemimpin politik mempermainkan ummat (PAS, UMNO DAN YANG SEUMPAMA DENGANNYA "

bagi saya kenyataan tersebut tidak benar dan harus diperbetulkan. Ini bukan kenyataan rekaan. Segala undian dan respon anda amat dihargai.


" Semua pemimpin politik mempermainkan ummat. Adakah anda bersetuju dengan kenyataan ini ? "

Setuju

Tidak bersetuju

50 - 50

Tak tahu

pollcode.com free polls


Mohon Pandangan anda.



http://www.shoutmix.com

posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 9:29 PM   0 comments
I Know What You Did Last Week
Tuesday, April 24, 2007
Bismillah Alhamdulillah. Beberapa hari ni kesihatan tak berapa nak baik. Iman pun terikut sama. Cuba jugak cari kekuatan tu. Pencarian demi pencarian telah dibuat. Masih lagi tercari-cari. Susah sangat ke?. Apa pulak susah. Kalau betul-betul kita nak. Jalannya pasti ada. Masalahnya, tak sungguh-sungguh. Satu lagi kelemahan manusia. Buat sesuatu, ala kadar je. Nak buat baik pun, nak buat yang biasa-biasa. Tak nak buat yang terbaik.Kononnya, sederhana. Nanti, di beri pilihan nak masuk syurga yang mana. Kita pun pilih syurga yang paling bawah sekali. Kononnya sederhana. Pening jugak dibuatnya, Siapa tu? Kitalah. Dalam hidup ni, kita mesti cuba untuk menjadi insan yang terbaik. Paling baik. Tak usah berangan, konon-konon nak jadi orang yang cool je. Kena ubah tu. We are born to be the best not just a best.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 8:52 AM   0 comments
Do You Know ? I Don't Know
Bismillah Alhamdulillah. Malaysia tanahairku. Satu persoaalan. Betul ke Malaysia ni negara Islam?. Ada orang cakap, ye. Ada orang cakap tak. Sebelum ni adalah berbincang sikit dengan kawan saya. Secara peribadi, saya melihatnya macam negara Islam, sebab kita sendiri akui. kadang-kadang orang asing tanya kat kita. Malaysia tu negara apa? Kita jawab negara Islam. Bermakna kita mengakui Malaysia tu negara Islam. Tapi, ada masa-masa tu kita macam tak setuju dengan label yang diberikan tu. Sebab kita dengar orang lain kata bahawa negara Islam just name je lah. Perlaksanaan Islam tu tak sepenuhnya dijalankan. Ye tak ye jugak. Maklumlah saya ni taklah berpengetahuan tinggi. Apa-apa pun saya setuju juga. Last-last, ada pulak kawan bagi satu kenyataan yang dibuat oleh Syeikh Prof. Dr. Wahbah al Zuhaily beliau telah menjelaskan bahawa " Sekarang ini kebanyakan Negara Arab dan Islam dilabelkan dengan label Negara Islam. Namun hanya dari sudut politik. Realitinya tidak demikian. Kerana sifat sebenar Islam dan pelaksanaan syariat hilang ( tidak wujud ) pada realitinya. Boleh jadi, penamaan (pelabelan ) ini diterima kerana kebanyakan penduduknya orang Islam dan kerana syiar-syiar Islam ditegakkan di negara itu. Maka bolehlah dinamakan(Negara)“Islam” namun secara simboliknya sahaja bukanya realiti. Jadi, kita bagaimana?. Fikirkan sejenak. Wallahu ta'ala a'lam
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 8:09 AM   0 comments
If You Say It, You Are Crazy
Bismillah Alhamdulillah. Pilihanraya kecil di Ijok sekejap lagi. Apa natijahnya?. Tunggu dan lihat saja. Lagi satu, ade orang kata politik ni kotor. Sampai tak nak pergi mengundi. Alasan sesetengah orang yang tak suka nak ambil tahu pasal politik. Sapa yang kotor sebenarnya? Sape? Fikirkan. Kalau rasa tak nak ambil tahu jangan duduk kat bumi lah, duduk kat planet ke, silap-silap kat planet lain pon ada buat pilihanraya. Nasiblah.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 7:30 AM   0 comments
More Than That If You Wanna See
Bismillah Alhamdulillah.Tengok akak-akak tu. Apa perasaan kita? Hanya kita sendiri dan Allah yang tahu. Bukan setakat tu je, yang lebih teruk pun ade. Kalau kita ada rasa bertanggungjawab, tunaikan tanggung jawab kita. Kalau takda buat tak tau jelah. Sama-samalah ingat memperingati. Nobody is perfect. Sambil-sambil kita improve diri kita, kita peringatkan orang lain. Keyakinan tu kena ada. Paling kurang kita peringatkan diri kita juga. Sebab tu Dr. Yuso Qardhawi ada mengatakan bahawa, taa'lim wa tazkir ni penting. Orang yang cemerlang adalah orang yang tidak mudah berputus asa dan mempunyai keyakinan diri. Kalau rasa tak ada kekuatan. Apa yang harus kita lakukan?. Fikirkan sejenak. Wallahu ta'la a'lam.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 7:13 AM   0 comments
Monday, April 23, 2007

Bismillah Alhamdulillah.
Ya Allah, sesungguhnya aku tak mampu bendiri tanpa pertolongan Mu Ya Allah. Aku lemah Ya Allah. Ya Allah ya tuhan ku, ampunkanlah dosa-dosa ku, dosa kedua ibu bapa ku, dosa muslimin dan muslimat, mu'minin dan mu'minat. Ya Allah tetapkanlah hati ku dan saudara seislam ku pada agama Mu Ya Allah. Ya Allah bersihkanlah hati ku dan saudara seislam ku dari segala sifat-sifat mazmumah serta jadikanlah aku dan saudara seislam ku hamba yang bersifat dengan sifat mahmudah. Ya Allah, aku menyesal di atas dosa dan salah silap yang telah aku lakukan selama ini Ya Allah. Ya Allah bimbinglah aku dan saudara seislam ku ke jalan yang engkau redhai. Peliharalah aku dan saudara seislam ku dari azab api neraka Mu Ya Allah. ameen ya Rabbal 'Alameen.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 12:40 AM   0 comments
Wednesday, April 18, 2007
My Heart So Pain, The Way Still Far

Dalam minggu ni, entah berapa banyak kali dah saya mengemaskini blog. Sekarang ni sedikit rasa tertekan. Perkara biasa yang sering terjadi. Bila masa suka, dunia macam kita yang punya. Sampai masa sedih, semua sempit belaka. Tengok sekeliling, serba tak kena. Tengok diri semakin merana. Betul-betul ujian. Sedih tengok orang semakin hari semakin pelik. Tapi tak sedih pun tengok diri sendiri yang dah sedia pelik. Pendek kata, semuanya penting. Kita penting, orang lain penting. Hidup kena seimbang. Nak buat memang payah. Tapi kenalah bersusah payah. Kalau tak sanggup nak susah, kita mengundang susah. Kalau kita sanggup, susah kena redah. Last-last, jadi orang yang di tengah-tengah. Memang cari parah. Semuanya susah. Maknanya, nak senang bukan mudah. Nak berjaya lagilah payah. Dah tu, takkan nak menyerah. Kalau tak nak, mesti dulu merasa susah.

Labels:

posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 6:25 AM   3 comments
Monday, April 16, 2007

Our Leader



Sidang Dun Terengganu

Just Leave Your Message About The Video

posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 7:44 PM   0 comments

Penyelesaian Masalah Perbezaan Pendapat

Oleh Tuan Guru Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang

posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 12:51 AM   0 comments
Bismillah Alhamdulillah. Al-fatihah buat al-marhum Tuan Guru Ustaz Wan Mohd Shagir Bin Wan Abdullah.Khamis, 24 Rabi'ul Awwal 1428 bersamaan 12 April 2007, kita kehilangan satu lagi tokoh ilmuwan lagi ahli tarikh ulama Nusantara dan karya-karya mereka. Tuan Guru Haji Wan Mohd Shaghir bin Wan Abdullah rahimahUllah cukup besar jasanya dalam memperkenalkan para ulama kita di Nusantara dan karya-karya mereka.
Untuk mengetahui kisah hidup beliau selanjutnya bolehlah melayari laman ini :http://hembusan.blogspot.com
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 12:19 AM   0 comments
The Evil Smile
Sunday, April 15, 2007
Bismillah Alhamdulillah. Beberapa hari yang lalu, saya ada memaparkan gambar AZLINA JAILANI bersama peguam-peguamnya dan ada menyatakan bahawa dia ni dah menang di dalam kesnya. Jadi, ini sebenarnya hanya khabar angin yang mana saya sendiri terlepas pandang setelah mana diteliti berdasarkan kenyataan oleh beberapa sumber yang boleh dipercayai. Yang pastinya, mahkamah persekutuan belum lagi membuat apa-apa keputusan tentang kesnya itu. Jadi, perkara ini perlulah dipandang serious. Kita boleh pandang dari satu sudut bahawa, mungkin inilah usaha-usaha yang dibuat oleh musuh-musuh Islam yang mana mereka menyebarkan berita-berita palsu dan tidak berasas sekaligus ia memberi kesan yang tidak baik kepada umat Islam dan agama Islam itu sendiri. Keputusan masih belum pasti lagi. Jadi apa tugas kita !!! Banyak-banyak berdoa dan sama-samalah kita memandang ianya sebagai perkara yang tidak boleh dipandang enteng. Masalah murtad ini perlulah dibincangkan dikalangan kita umat Islam. Ini kerana ada dikalangan kita, seolah-olah memandang isu-isu ini seperti tidak ada apa-apa. Inilah yang membimbangkan kita. Di mana sensitiviti kita !!! Andai kata, AZLINA JAILANI ni menang di dalam kesnya. Maka, ianya akan memberi impaks buruk yang amat besar kepada Islam khususnya di negara kita Malaysia. Sidang pembaca yang dirahmati Allah sekalian. Hari ini, kita dapat melihat bahawa, sistem perundangan dan perlembagaan di dalam negara Malaysia ini seolah-olah tidak mempunyai satu tunjang kekuatan sehinggakan ianya boleh dipersoalkan oleh mana-mana pihak. Walhal kita tahu hanya satu penafsiran sahaja yang betul. Akan tetapi, sudah menjadi sunnatullah, musuh Allah ini akan mencari lubang-lubang atau peluang-peluang untuk menghancurkan Islam. Siapa tak sayang Islam. Saya yakin kita semua sayang dan cinta agama Allah ini. Jadi, tidak cukup sekadar kita melafaznya, bahkan kita perlu melaksanakannya. Maka, di sini perlunya kita membina kesatuan dan mencipta kekuatan yang luar biasa sehingga mana musuh Allah ini gerun dan sememangnya mereka gerun melihat, mendengar dan takut berhadapan dengan satu pegangan dan ajaran yang diberi nama ISLAM.


TAKBIR !!! ALLAHU AKBAR !!!
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 11:37 AM   0 comments
Saturday, April 14, 2007
No Comments ! Just Watch And Make Your Own Perception


Tragedies In Machap's Election 2007
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 2:01 PM   0 comments
Friday, April 13, 2007
Hidup Sang Makhluk


Bismillah Alhamdulilh. Hari ini, seperti biasa. Masa yang ada saya gunakan untuk berimaginasi. Tiada kalimah yang mampu saya zahirkan melainkan fikiran ini seolah buntu sedang mencari satu episod hidup untuk di kongsi bersama. Walhal, matlamat telah pun terpahat di benak fikiran sejak berzaman, namun seolah wujudnya halangan yang datang, lantas menghentikan imaginasi hidup, yang akhirnya tiada natijah dapat di zahirkan. Itulah hidup sang makhluk yang bergelar insan. Lemahnya tiada berkesudahan. Namun, harus juga digagahkan, moga terciptanya kekuatan untuk sang makhluk menghadap hari-hari yang bakal menjelang. Maka, disitulah kayu ukuran. Yang gagah, gembira di dalam genggaman. Yang lemah, kecewa tidak berkesudahan. Begitulah hidupnya sang makhluk. Siapakah gerangannya. Itulah insan yang bergelar seorang aku dan yang seperti aku. Salam bahagia buat sang makhluk yang menghargai erti kehidupan dari seorang insan lemah di sisi Tuhan.

posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 5:40 PM   0 comments
Thursday, April 12, 2007
Berembang's Cry, Of Course We Care


posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 5:14 PM   0 comments
Mushroom Story
Wednesday, April 11, 2007
Bismillah Alhamdulillah. Hari ini tiada catatan menarik yang boleh dikongsi. Mungkin saya sendiri tidak mencorak hari yang ada ini dengan sebaiknya. Begitulah manusia. Mungkin di sana ada sesuatu yang kita terlupa. Tentang hidup kita yang hakikatnya hanya sementara. Mungkin juga kita merasa hidup kita masih lama atau mungkin juga kita telah terleka dengan nikmat dunia. Semuanya mungkin, mungkin, mungkin namun ada satu yang pasti. Iaitu diri kita. Pastinya diri kita yang mengetahui apa yang melanda. Fikir-fikirkanlah. Skip !!!
Tadi baru chat dengan kawan lama. Seronok rasanya. Maaf...mungkin saya tak dapat nak catatkan episod-episod blog ini dengan post-post yang lebih ilmiah dan bermanfaat. Namun jauh dilubuk hati, mengharapkan setiap huruf yang tertera di skrin ini, dapat memberi keuntungan kita bersama walau sekelumit cuma. Untuk post kali ini, saya mengajak kepada diri saya dan sahabat-sahabat semua, agar kita dapat mengahargai erti persahabatan dan persaudaraan. Ingatlah, erti perhubungan yang sebenar bukanlah didasarkan atas mempunyai minat yang serupa, bukan juga baiknya si dia atau sebagainya, akan tetapi ianya hendaklah didasarkan dengan sebab pegangan akidah yang satu. Like i said, its a simple, but remember its so difficult to translate in our freindship and our life. Take a time to think about it.

Untuk akhirnya, buat sahabat ku Shahzan Ezlan bin Haji Manja yang baru sembang sekejap tadi, moga dapat menjalankan tugas dengan baik, manfaatkan ilmu yang ada sebaiknya. Juga buat sahabat-sahabat semua, moga kalian bahagia dunia dan akhirat.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 5:16 PM   0 comments
Ya Allah
Wahai Sahabat Ku Sekalian

Ikhlaskanlah Niat Mu Di Dalam Setiap Perbuatan Mu

Percakapanmu

Dan Hati Mu

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Jadikanlah Kami Hamba Yang Ikhlas,

Di dalam Mentaati Perintah Mu,

Dan Ikhlas Di Dalam Meninggalkan Larangan Mu,

Serta Jadikanlah Kami Hamba Yang Tawadhuk,

Wara' Dan Zuhud...

Ameen Ya Rabb



posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 12:36 AM   0 comments
Tuesday, April 10, 2007

Salam, emergency case..betul ke Lina Joy dah menang dalam perbicaraannya ? Dalam mana-mana paper tak keluar pun? Minta Respon...saya dapat maklumat daripada email..cumanya ditakuti hanya khabar angin..sekian terima kasih
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 2:48 PM   1 comments
Berjuanglah Hingga Ke Akhirnya
Saturday, April 7, 2007

Bismillah Alhamdulillah, hanya tinggal beberapa jam lagi saya nak menghadapi peperiksaan. Orang kata dalam time-time macam ni, tak ada masa dah nak buat-buat perkara-perkara lain melainkan study. Pendapat masing-masing, dan saya juga bersetujulah dengan pendapat tersebut. Kita jangan biarkan masa yang ada walau sekelumit cuma.
Orang kata " berjuanglah hingga ke titisan darah yang terakhir ". Sebenarnya saya sekadar ingin meluahkan rasa hati yang terkadang tidak terluah melalui kata-kata. 'Ala kulli halnya, sebagai seorang yang bijaksana, sudah tentu dia pandai membahagikan masa-masa yang ada dengan sebaiknya. Masa sehari ada 24 jam. Seminggu ada 7 hari kalikan dengan 24 jam. Memang banyak. Jadi, perancangan tu kenalah ada. Saya taknak bercakap panjang, cumanya nak ambil kesempatan sekejap je ni. untuk mohon ampun dan maaf kepada sahabat-sahabat yang kira-kira membaca post kali ini baik kita pernah mengenali mahupun tidak, andai ada buat salah dan silap seterusnya ingin memohon kepada sahabat-sahabat sekalian agar dapat mendoakan saya dan sahabat-sahabat seperjuangan saya di maahad qiraat shoubra, moga kami yang sedang dan akan mengahadapi imtihan bermula pada hari ini, esok sehinggalah hari rabu kalau tak silap, semuanya berjaya belaka. Untuk akhirnya, mungkin stop sekejap ... siiruu 'ala barokatillah...salam perjuangan menegakkan kalimah Allah...
p/s : esok kami imtihan al-Quran Tahriri jam 9 pagi hingga 11 pagi.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 11:56 AM   0 comments
Accident Di Jalan Lurus
Friday, April 6, 2007

Bismillah Alhamdulillah. Jalan. Bila cerita bab jalan rasanya semua tahu dah apa itu jalan. Jalan ada banyak, Jalan Semarak, Jalan Kuching, jalan lurus, jalan bengkok dan macam-macam lagilah. Hari ni kita cerita bab jalan je. Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah S.W.T, di antara tuntutan Allah S.W.T terhadap hambanya adalah menuntut hambanya agar sentiasa memohon dan meminta petunjuk. Dan inilah perkara yang biasa kita lafazkan sepertimana yang terkandung di dalam Surah al-Fatihah yang bermaksud " tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus ". Kita memerlukan petunjuk dan hidayah Allah S.W.T agar hidup kita sentiasa berada di jalan yang lurus begitu juga di waktu mati kita. Nak mati di jalan yang lurus memang mudah. Bawa motosikal laju-laju dekat highway, buat superman, tutup mata, accident, mati. Dapat kita title mati di atas jalan yang lurus. Ya Allah.... Kalau semudah itu...sudah tentu ramai orang berpusu-pusu ambil turn dekat highway tu nak dapat mati di jalan yang lurus. Kita nak sentiasa berterusan di dalam jalan yang lurus bukan hanya dengan omong-omong kosong namun perlunya di sana ada tindakan. Oleh sebab itu, kita perlu berusaha ke arahnya. Bagaimana?...salah satunya adalah sentiasa berdoa kepada Allah agar kita sentiasa di bawah petunjuk dan hidayahnya. Heh...dah dapat tangkap dah apa focus point kali ini. Berdoa. Jangan malas nak berdoa. Bende ni simple je, tak yah cakap pun tak apa. Tapi kita nak amalkan memang susah. Kadang-kadang kita set dalam minda kita mengatakan bahawa doa tu time lepas sembahyang je. Takpelah nak kate macamtu. Tapi yang jadi masalahnya tak buat pun. Ini kita kena muhasabahlah. Sekadar peringatan untuk kita bersama. Dalam doa tu jangan doa untuk kita sorang. Doa untuk semua kaum Muslimin. Lagi-lagi sekarang ni kita tengok dunia islam semakin ditindas. Hishhhh...bengang betul tengok musuh-musuh Islam ni. Naik minyak pulak. Tambah pulak orang Islam sendiri buat hal. Jadi, sama-samalah kita memperbaiki diri kita, mempersiapkan diri kita dengan sebaik-baiknya dan persiapan yang secukupnya untuk kita berjumpa dengan hari-hari yang mendatang serta menghadap Allah S.W.T di akhirat kelak. Wallahhuta'ala A'lam.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 9:18 AM   1 comments
Lemahnya Iman Ku
Thursday, April 5, 2007

Bismillah Alhamdulillah, Hidup ini tak selalu indah, langit tak selalu cerah. Hidup ada masa kuat ada masa lemah. Begitulah jua iman kita.
Bila mana kita kuat alhamdulillah. Tapi bagaimana andai iman kita lemah? Apa tindakan kita untuk mencari semula kekuatan itu? Teringat satu kata-kata yang bermaksud
" Sesungguhnya setiap amal itu ada masanya lemah dan masa lemah itu ada tempohnya, maka ketika lemah itu, hendaklah kita kembali kepada Allah dan RasulNya iaitu al-Quran dan as-Sunnah". Inilah hakikatnya. Bilamana kita menjadikan Allah dan Rasul itu tempat pergantungan kita maka insyaAllah hidup kita kan berjaya. Dan diantara yang dituntut di dalam al-Quran dan as-Sunnah ialah mendekati dan mendampingi ulama'. Rasanya dah sampai maksud fokus post kali ini. Sedikit pengalaman yang boleh dikongsi. Bilamana jiwa saya tak tenang, iman pun rasa lemah dalam masa yang sama saya pergi mengikuti pengajian, ceramah atau yang seumpama dengannya, saya dapat rasakan satu perubahan dalam diri saya dari segi semangatnya yang berkobar-kobar, iman rasa kuat, jiwa sayu dan tenang je. Waktu itu, kita rasa ingin berubah dan ingin menjadi yang terbaik. Itulah salah satu cara untuk memulihkan kembali iman kita yang lemah. Ini bukan tipu atau cerita dongengan. Kisah benar punya. Saya yakin kita semua pernah merasai situasi begitu. Jadi, apa kesimpulan yang kita boleh buat daripada omong-omong kosong ni?..... Maka, tidak lain tidak bukan ialah perlunya diri kita ini sentiasa mendampingi dan mendekati ulama'. Jangalah masa kita dihabiskan berdampingan dengan perkara-perkara yang tidak sepatutnya bersama kita. " Sesungguhnya hamba-hamba yang takut kepada Allah adalah dikalangan hamba-hambanya yang berilmu / ulama' ", dan ketahuilah bahawa ulama' itu pewaris para nabi. Walhhuta'ala 'alam.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 1:32 AM   0 comments
Muhasabah Blogger
Tuesday, April 3, 2007

Bismillah Alhamdulillah, sebenarnya takda apa yang menarik yang dapat saya paparkan pada blog saya ini. Cumanya, saya sentiasa berfikir...terkadang di dalam kita melakukan sesuatu itu, kita telah lari dari matlamat yang sebenar. Jadi saya ambil peluang dan kesempatan yang ada ini, untuk sama-sama kita muhasabah terutamanya para blogger yang ada di alam dakwah maya ini. Kita semua tahu bahawa dakwah itu merupakan suatu kefarduan ke atas umat islam. Ada banyak wasilah yang boleh kita gunakan dan salah satunya adalah melalui blog. Tapi kita haruslah ingat yang ini adalah salah satu cara untuk kita sampaikan dakwah kita dan banyak lagi cara-cara yang lain. Inilah perkara yang saya ingin fokuskan. Maknanya kita berpegang bahawa ini adalah salah satu daripada banyak cara dan jangan menganggap bahawa sudah cukup dengan cara ini saja. Dan perkara yang paling penting, adalah keikhlasan. Ini tidak lebih untuk memperingatkan diri saya. Satu lagi, kita ada berbagai tangunggjawab. Jangan sebab kita sebuk dengan blog ni, tanggungjawab lain terabai. Jadi sama-samalah kita muhasabah. Wallahuta'ala A'lam.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 7:36 PM   0 comments
Terima Kasih Buat Kalian Semua

Bismillah Alhamdulillah...kalau diimbau zaman yang lalu pasti takkan ada kesudahannya. Walau pahit macamanapun peristiwa yang pernah kita lalui, saya yakin ianya akan menjadi sangat manis pada waktu ini. Pada post yang lalu saya pernah paparkan gambar rumah kampung dan gambar kenangan sewaktu saya di sekolah menengah. Hari ini saya nak berkongsi kisah yang saya terjemahkan kepada bentuk tulisan maya ini bersumberkan hati yang sentiasa mengingatkan waktu yang lalu. Tengok gambar vespa tu. Dulu ayah saya memiliki sebuah motosikal vespa. Pada waktu itu, saya berumur lebih kurang 4 atau 5 tahun dan ketika itu saya masih bersendirian. Adik-adik tak ada lagi. Motosikal tersebut merupakan tunggangan kami sekeluarga. Biasanya saya akan duduk di sebelah hadapan yang mana di bahagian hadapan Vespa itu akan diletakkan sekeping papan yang membolehkan saya duduk di atasnya. Waktu tu, saya tak memahami apa-apa. Tapi bila dah mampu berfikir, memang susah. Kadang-kadang di dalam perjalanan ke sesuatu tempat motosikal boleh buat masalah. Memang memeritkan. Saya biasa saja. Tapi ayah dan ibu sayalah. Hanya Allah yang tahu. Hari ini vespa tersebut sudah tiada dan hanya tinggal kenangan . Macamtulah, begitu besarnya perngorbanan ayah dan ibu kita. Anda semua macam mana? Cuba ingat kembali pengorbanan mereka. Begitu juga dengan pengorbanan orang-orang yang terdahulu, para Nabi dan ahli keluarganya, serta para sahabat, ulama' 'amilin dan orang-orang yang berjuang untuk menegakkan agama Allah di muka bumi ini. Mudah-mudahan, dengan mengingatinya kita dapat menjadi yang terbaik... Terima kasih diucapkan buat mereka semua dan tak lupa buat vespa yang tersayang. Thanks for Allah and all !!!
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 10:49 AM   0 comments
Esok Yang Tak Pasti
Sunday, April 1, 2007

Bismillah Alhamdulillah, imtihan tinggal berapa hari je. Persediaan hanya Allah saja yang tahu. Doakan saya dan sahabat-sahabat saya moga najah dalam imtihan takhalluf pada 7hb April ni. Takde perkara yang saya nak fokus dalam post kali ini. Cumenye bila tengok gambar ayam masak sambal tu, teringat kat kampung halaman. 'Ala kulli halnya, dah biasa dah. Tu lauk semalam saya masak. Makan tu jelah. Bubuh ayam sikit, kentang sikit, masak nasi putih dengan goreng telur. Alhamdulillah. Kalau ikutkan hati, tak ada class lansung makan lauk tu. Tapi bila pikir-pikir balik. Oklah tu. Ade orang tak makan lansung. Jadi dalam hal-hal begini, saya teringat kata-kata ustaz saya dalam ceramahnya, dia cakap yang maksudnya " kita dalam bab dunia ni kita kena tengok orang yang di bawah kita, dalam bab akhirat, kita lihat orang yang berada di atas kita ". Haa...macam tulah yang sepatutnya. Memang betullah, contohnya... kalau kita tengok orang kaya sikit, mulalah nak cemburu..akhirnya timbul perasaan hasad dengki. Pada hal, kurangnye kita ni, ade lagi orang yang lebih susah dari kita. Itulah manusia. Kita takdelah nak menuding sesiapa, kita sendiri ni pun belum tentu. Takpelah... 'ala kulli hanya perkara yang paling penting kat sini, kita kenalah bersyukur dengan apa yang Allah kurniakan ke atas kita dan berusaha untuk menjadi yang terbaik. Semalam ayam masak merah, besok? Wallahhua'lam.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 11:59 PM   0 comments
BIODATA KU


Destinasi Abadi ' 07
Sepang, Selangor, Malaysia
"Projek Islah Tanpa Henti"
Lihat Butiran Sepenuhnya

WAKTU SOLAT
LAMAN MUSLIMIN
LAMAN MUSLIMAT
LAMAN PENULIS
LAMAN POPULAR
UNDI PANDANGAN

Adakah Anda Bersetuju Dengan Islam Hadhari ?
Setuju
Kurang Setuju
Tidak setuju
Bida'ah
  
Terima Kasih Daun Keladi
ARTIKEL
ARKIB
ANGKA PENGUNJUNG


Profile Hit Counter
Free MySpace Page Counter provided by ModMyProfile.com

SEMAK DAFTAR PEMILIH
DITAJA OLEH

Free Blogger Templates

BLOGGER

var message="Ingatlah Allah selalu... "; function click(e) { if (document.all) { if (event.button==2||event.button==3) { alert(message); return false; } } if (document.layers) { if (e.which == 3) { alert(message); return false; } } } if (document.layers) { document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN); } document.onmousedown=click; // -->