بسم الله الرحمن الرحيم   السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته   أهلا وسهلا  ومرحبا بكم الى  دستيناسي أبدي
CAIRO

SELANGOR

ULAMA AMILIN
RUUHUL JADID

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

KHAIBAR! KHAIBAR! YA YAHUD!

JAISYU MUHAMMAD!

SAWFA YAHUD! BIRRUH! BIDDAM!

NAFDIKKA YA ALLAH!


UNDI PANDANGAN

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
  
Terima Kasih Daun Keladi
RUANG PESANAN

Terima Kasih Daun Keladi
ALUNAN AL-QURAN

 
LAGU KU
Relaks Minda


Want one? Go to www.geocities.com/testiflash

UNDIAN MUHASABAH

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Azharian's Topsite

Ukhwah.com :: Top Blog

Malaysian Muslim Blogs

Ruang Cahaya Musafir 2
Saturday, February 24, 2007


Buat ape nak ikut dia ? Kenapa nak sokong si pulan ? Kenapa pilih si pulan ? Begitulah soalan yang biasa di utarakan kepada kita. Apa kaitan soalan tersebut dengan warkah yang hendak saya tampilkan ? Ia, memang ade kaitannya. Senario alam telah membuktikan kepada kita bahawa manusia itu memerlukan pembimbing, pemimpin, penunjuk jalan dan yang seumpama dengannya. Namun begitu, senario yang telah berlaku sejak berabad yang lalu sehinggalah ke hari ini juga telah memaparkan kepada kita bahawa telah berlaku kekucar kaciran di dalam kehidupan seseorang, masyarakat ataupun sesebuah negara akibat tersilap membuat pilihan, memberikan ketaatan dan sokongan. Sejarah telah membuktikan kepada kita. Perkara ini perlulah diambil berat bagi setiap manusia tidak kira agama mahupun bangsa. Kita tidak kesah sekiranya orang kafir memberikan ketaatan dan menyokong pimpinan yang zalim, ahli maksiat dan sebagainya. Akan tetapi kita kisah jika orang Islam sendiri memilih orang yang dijadikan ikutan, pimpinan itu adalah orang yang zalim, ahli maksiat, menolak Islam dan yang seumpama dengannya. Inilah yang menyedihkan kita. Dan akhirnya kita boleh lihat bagaimana masyarakat tersebut berada di dalam suasana kehidupan yang banyak lari dari norma-norma Islam. Arakian, senario yang berlaku pada hari ini perlulah dibendung dengan segera sebelum perkara tersebut menjadi lebih parah. Maka perlunya di sana satu kaedah bagi kita untuk mengatasi kebobrokan yang sedang berlaku di segenap pelusuk alam ini baik di Malaysia khususnya mahupun di negara-negara Islam yang lain umumnya. Jadi, ulama' telah menyediakan satu formula ataupun konsep kepada kita iaitu ilmu yang di beri nama Al-wala' Wa Al-Bara'. Inilah ilmu yang ingin saya paparkan untuk kita fahami bersama agar kehidupan kita berada di dalam keadaan yang lebih sejahtera. Apa yang ingin saya paparkan ini adalah berdasarkan pembentangan slideshow oleh Ustaz Mohd Asri Daud di dalam satu program kepimpinan yang dianjurkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) di dewan Soleh Abdullah Kamil Universiti al-Azhar, Kaherah, Mesir pada 17 Februari yang lalu.


Konsep Al-wala' Wa Al-bara'

Pengertian Wala' : Meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetian dan penghormatan yang tinggi kepada pimpinan yang disertakan dengan sokongan dan bantuan sama ada berbentuk zahir ataupun tidak.

Pengertian Bara' : Tidak meletakkan kecintaan yang sebenar serta kesetiaan dan penghormatan yang tinggi kepada kepimpinan seterusnya membenci dan menamatkan sokongan serta segala bentuk bantuan.
Ulama' juge telah memberi pengertian Bara' ini kepada satu kalimah yang memberi maksud menjauhkan dan menamatkan.

Wala' kepada siapa ?


Maksudnya : Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya, dan orang-orang yang beriman, yang mendirikan solat dan menunaikan zakat, seraya mereka tunduk kepad Allah (55) . Dan barangsiapa mengambil Allah, Rasul-Nya dan orang-orang beriman menjadi penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah
itulah yang pasti menang (56) .Surah al-Maidah ayat 55-56.

Kewajipan memberi Wala' kepada pemimpin

Maksudnya : Hai orang-orang beriman ! taatilah Allah dan taatilah Rasul dan ulil amri diantara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah( al-Quran ) dan Rasul ( sunnahnya ), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utaman bagimu dan lebih baik akibatnya (59). Surah an-Nisa' ayat 59.

Susunan Wala' mengikut tertibnya

1- Allah 2- Rasul 3- Orang-orang yang beriman ( individu atau pemimpin ) iaitu :
a- orang-orang yang sembahyang
b- orang-orang yang membayar zakat
c- orang-orang yang patuh kepada Allah.

Susunan Bara' mengikut tetibnya
1- Syaitan
2- Kafir ( secara umumnya dan khususnya orang kafir yang memusuhi Islam )
3- Fasiq

Wala' mengikut kaedah kulliyyah al-khomsah

1- Agama
2- Diri
3- Akal
4- Maruah
5- Harta

Kaedah menentukan siapa yang berhak diberi Wala' baik kepada individu, pemimpin, pertubuhan dan yang seumpama dengannya
1- Taat kepada Allah dan Rasul.
2- Mempunyai hubungan yang padu dengan Islam iaitu menjalankan amanah, beramal soleh dll. 3- Jelas matlamat dakwah
4- Bertujuan untuk menjaga maslahah sejagat atau umum.

Kaedah menentukan siapa yang tidak berhak diberi Wala' ( Bara' ) baik kepada individu, pemimpin, pertubuhan dan yang seumpama dengannya.
1- Melakukan kemungkaran iaitu zalim, melakukan maksiat dan yang seumpama dengannya.
2- Menyeleweng dan memutarbelitkan Islam.
3- Berdakwah hanya untuk kepentingan tertentu sahaja.
4- Memecah belahkan manusia.
Kaitan Wala' dan taat di dalam sesebuah organisasi, pertubuhan atau yang seumpama dengannya ialah taat merupakan satu cabang kecil di bawah Wala'.
Rukun sesbuah organisasi, pertubuhan atau yang seumpama dengannya
1- Pemimpin
2- Ahli
3- Matlamat
4- Ketaatan

Organisasi adalah milik Allah dan dibawahnya barulah pemimpin, ahli, matlamat dan ketaatan

Hukum mengikut sesuatu arahan yang diberi oleh seseorang, pemimpin atau yang seumpama dengannya apabila dipaksa.
1- Harus mengikut arahan apabila orang Islam yang dipaksa tidak dapat mempertahankan diri.
2- Orang yang dipaksa mestilah memastikan orang yang memaksa mempunyai kuasa untuk melaksanakan
siksaan.
3- Siksaan yang bakal diterima sekiranya tidak mengikut arahan adalah siksaan yang bersifat segera bukan
tertangguh.
4- Orang yang dipaksa berkeyakinan akan disiksa sekiranya tidak mengikut arahan.
5- Orang yang dipaksa yakin bahawa hatinya tidak berganjak kepada Wala' yang sebenar.
6- Tidak memudharatkan orang Islam yang lain.
7- Siksaan yang akan diberikan sekiranya tidak mengikut arahan adalah siksaan yang tidak mampu dihadapi
seperti dibakar, dibunuh dan yang seumpama dengannya.

Wala' dan pertindanan.

1- Wajib mengutamakan arahan orang yang diberi Wala'.
2- Memastikan arahan yang diberikan.
3- Padankan arahan dengan petunjuk syara'.

Suasana di Malaysia, nak Wala' kepada siapa ?
Gerakan Islam-Gerakan maksiat-Orang Kafir-Parti A atau Parti B ?

Panduan analisis
1- Siapa anda ?
# Saya adalah ahli ... dot dot dot.
# Sebagai seorang ahli ... dot dot dot wajib ke atas saya untuk mentaati pimpinan.
# Saya wajib taat pimpinan.

2- Orang yang hendak diberi Wala' mestilah orang yang menepati kaedah-kaedah yang telah disebutkan dan
sekiranya menepati dengan kaedahnya maka wajib ke atas kita Wala' kepadanya jika tidak maka sebaliknya.

3- Ulama ada menjelaskan bahawa mesti Bara' apabila nasihat yang diberikan kepada pimpinan yang
telah melakukan kemungkaran atau yang seumpama dengannya tidak mengendahkan nasihat dan teguran
tersebut.

Maka dengan ini, perlulah kita memahami ilmu ini sebagai panduan bagi kita di dalam memberikan ketaatan kepada seseorang dan sebenarnya tidak cukup sekadar dengan apa yang telah saya paparkan ini, sebaiknya kita mempelajarinya secara khusus bersama orang yang arif mengenai ilmu ini. Moga dengan sedikit paparan ini kita dapat manfaatnya.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 1:57 AM   0 comments
Ruang Lamunan Musafir
Friday, February 23, 2007

Mencari Cahaya 1

Suara mak beberapa minggu yang lalu masih lagi terngiang-ngiang di telinga ku :
" Mal ! ko bile nak balik ? ". Persoalan yang masih belum pasti jawabannya. Tiga tahun hampir berlalu. Sedar tak sedar panggilan pulang ke tanah air semakin terase. Pertanyaan demi pertanyaan bermain di bibir rakan-rakan :" Bile ko nak balik Malaysia ?, ko nak balik bulan berape ? ". Dah maaruf dah soalan-soalan seperti ini dikalangan warga Malaysia yang berada di luar negara. Baik yang menuntut ilmu mahupun yang mencari rezeki di negara orang. Namun bukan persoalan itu yang ingin ku timbulkan akan tetapi jawapan kepada persoalan itulah yang sedang aku fikirkan.

Terlalu banyak perkara yang bermain di fikiran ku. Lebih kurang beberapa hari dah nak masuk bulan Mac dan lebih kurang beberapa bulan lagi imtihan syahadah kan ku hadapi. Satu tempoh yang amat genting bagi aku dan orang yang seperti aku. Sedang sebuk aku memikirkan hal imtihan datang pula satu benda yang berhajat kepada suatu pemikiran dan berkehendakkan kepada satu keputusan. Tapi aku tak heran sangatlah, sebab aku rasa perkara macam ni semua perkara biasa. Cumanya, kadang-kadang menjadi beban dekat aku dengan bertimbun-timbumnya masalah yang menimpa. Di sini perlunya ada kekuatan dalam dan luaran.

Beberapa hari ni, aku banyak berehat sikit. Dulu-dulu pun sama je. Cuma istilah tu diubah biar sedap bunyinya. Hari ni, timbul pulak rasa semangat nak buat perkara yang paling aku minat iaitu berkarya. Nampak janggal je bunyinya. Gaya macam seniman jalanan. Oh ! tidak sama sekali. Sebenarnya semangat aku berkobar-kobar ni pun sebab memang tabiat aku suka duduk sorang-sorang mengelamun panjang. Daripada aku duduk diam je, baik aku terjemahkan lamunan aku tu kepada bentuk bacaan yang boleh dikongsi bersama. Ok! berbalik pada topik asal yang aku timbulkan. Sebenarnya bukan saje jawapan kepada persoalan saje yang perlu aku fikirkan tapi persoalan kepada persoalan itu juga perlu aku timbulkan.

1- Nak balik dalam bulan September ni...kalo tak pun, mungkin hujung tahun ni.
( jawapan kepada persoalan :" Mal !, ko bila nak balik ?".

2- Nak balik dah bersedia ke ?...
(persoalan kepada soalan :" Mal !, ko bile nak balik ?") .

extra :
3- Mmm...aaaa...ntahlah...
(jawapan kepada persoalan kepada soalan) .

So, macam mane ? bukan aku saje kene fikir, tapi kita semua ?. Jadi ambil nafas sekejap, duduk sorang-sorang, luangkan sedikit masa untuk kita memikirkan jawapannya, dan ianya akan kita terjemahkan kepada suatu keputusan seterusnya diikuti dengan tindakan. Aku pun dah kehilangan punca untuk berkarya, jadi aku mengajak kepada kita sama-sama mencari mencari cahaya....Selamat berpikir, jumpa lagi di episod yang seterusnya.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 1:34 AM   0 comments
Fiqh Aulawiyat
Thursday, February 22, 2007

Sahabat-sahabat yang di rahmati allah sekalian, hari ini saya nak berkongsi dengan sahabat-sahabat semua satu kertas kerja yang bertajuk FIQH AULAWIYAT yang mane telah dibentangkan sebelum ini oleh us hafiz mansor ( timbalan presiden PMRAM ) dalam program kursus kepimpinan organisasi taakhi 2007 di rumah Badan Kebajikan Anak Negeri Pahang,Kompleks Hayyu 'Asyir,Kaherah Mesir. FIQH AULAWIYAT merupakan satu ilmu yang amat penting dan mesti diketahui oleh setiap org islam pada masa kini, dimana dengannya barulah kita dapat menentukan sesuatu keputusan atau pilihan kepada sesuatu perkara.Hari ini masalah yg berlaku pada kita,adalah kita tak dapat nak menentukan segale perkare yang hendak kita lakukan mengikut keutamaannya sehinggakan berlakunya suatu keputusan yang sepatutnya diutamakan tetapi di tinggalkan atau dilambatkan. contohnya : di dalam perkare jihad fi sabilillah, dalam hal ini jika kita diperintahkan untuk berjihad menentang musuh islam, dalam mase yang same ibu dan bapa kita tidak memberikan keizinan untuk pergi berperang.Maka di sini timbulnya satu pertembungan diantara pergi atau pun tidak. Dan inilah perkara yang akan saye utarakan kepada sahabat2 semua agar kita semua mendapat gambaran tentangnya dan yang lebih baik adalah kita mempelajiranya secara khusus dengan org yang arif mengenai perbahasan FIQH AULAWIYAT ini.


KERTAS KERJA FIQH AULAWIYAT

Makna FIQH dari segi bahasa : kefahaman (al-fahmu) dan pengetahuan (al-ilmu)

Makna FIQH dari segi istilah : mengetahui hukum-hukum syara' secara terperinci berdasarkan dalil-dalil- dan qaedah qaedah syara' yang bersumberkan al-quran ,sunnah,ijma' dan qias.

FIQH yang dimaksudkan dalam perbincangan ini bukanlah merujuk kepada istilah fuqaha', tetapi bermaksud faham secara mutlak yang dijadikan oleh ALLAH sebagai syarat untuk mencapai kebaikan dan petunjuk.

Perkataan AULAWIYAT adalah jama' kepada aula.

FIQH AULAWIYAT merujuk kepada mengetahui apa yang layak didahulukan daripada perkara-perkara lain dalam perlaksanaan.

FIQH AULAWIYAT juga bermaksud : meletakkan segala amal sesuatu pada tangga peringkat yang sebenarnya.

FIQH AULAWIYAT mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan FIQH MUWAZANAT (perbandingan) dan FIQH MAQASID (tujuan-tujuan)

Kaedah-kaedah umum menyususn AULAWIYAT.
Masalih/manafi' yang diakui oleh syariat ada tiga peringkat atau martabat iaitu :

1- AD-DHARURIYAT : perkara-perkara asas yang secara mutlak diperlukan dalam kehidupan manusia iaitu :

a-agama
b-nyawa
c-akal
d-keturunan/maruah diri

e-harta

Lima perkare tersebut adalah perkara keperluan yang telah di susun mengikut martabat keutamaannya.

2- AL-HAJIYAT : perkara yang tanpanya menyusahkan hidup manusia.
contohnya : pengharusan beberapa bentuk muamalat dan
pengharaman sebahagian yang lain.

3- AT-TAHSINIYAT : pelengkap yang menjadi hiasan tambahan dan menjadikan cara hidup serta akhlak manusia lebih sempurna.
contohnya : adab makan dan tinggal rumah yang mewah serta selesa.


Oleh itu apabila berlaku pertembungan antara perkara-perkare diatas, penyususnan keutamaan mestilah dibuat berdasarkan martabat yang telah tersusun, maka perlulah didahulukan maslahah dharuriyat berbanding hajiyat dan diutamakan masalah hajiyat berbanding tahsiniyat.

Jika pertembungan berlaku pada martabat yang sama, contohnya : seorang yang berkerja dengan suatu agensi, dia disuruh untuk membuat perkara-perkara kemungkaran,jika tidak akan dibuang kerja, jadi di sini timbulnya dua pertembungan iaitu sekiranya dia tidak membuat perkara yang di suruh maka hilanglah sumber kewangannya, jika dia mengikut kata majikannya maka dia telah melakukan perkara mungkar. Jadi di sini perlunya kita mengtahui keutamaan sesuatu keputusan dan hendaklah disusun mengikut (aulawiyat an anau') maka didahulukan maslahah agama,diikuti nyawa, akal, keturunan dan akhir sekali harta.

Jika berlaku pertembungan berlaku pada martabat dan nau' yang sama, maka susunan keutamaan dilakukan atas dasar umum dan khassoh lalu didahulukan masalah am (umum) berbanding masalah khusus (peribadi atau sebagainya).

Jika berlaku pertembungan pada martabat dan tahap keumuman atau keekhususan yang sama, maka penyusunan keutamaan dibuat atas dasar pertimbangan mudharat.Lalu di utamakan perkara yang lebih mudharatnya berbanding yang kurang mudharatnya.

Kesimpulan

Dalam konteks kehidupan harian kita, pertembungan yang biasa berlaku adalah atas dasar kepentingan peribadi dengan kepentingan umu. Disinilah perlunya memahami dan menghayati FIQH AULAWIYAT serta melakukan perngorbanan supaya kita dapat menyusun jadual hidup dengan mengambil kunci keutamaan berdasarkan kehendak syara'.


wallahhu ta'ala a'lam......
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 1:36 PM   0 comments
BIODATA KU


Destinasi Abadi ' 07
Sepang, Selangor, Malaysia
"Projek Islah Tanpa Henti"
Lihat Butiran Sepenuhnya

WAKTU SOLAT
LAMAN MUSLIMIN
LAMAN MUSLIMAT
LAMAN PENULIS
LAMAN POPULAR
UNDI PANDANGAN

Adakah Anda Bersetuju Dengan Islam Hadhari ?
Setuju
Kurang Setuju
Tidak setuju
Bida'ah
  
Terima Kasih Daun Keladi
ARTIKEL
ARKIB
ANGKA PENGUNJUNG


Profile Hit Counter
Free MySpace Page Counter provided by ModMyProfile.com

SEMAK DAFTAR PEMILIH
DITAJA OLEH

Free Blogger Templates

BLOGGER

var message="Ingatlah Allah selalu... "; function click(e) { if (document.all) { if (event.button==2||event.button==3) { alert(message); return false; } } if (document.layers) { if (e.which == 3) { alert(message); return false; } } } if (document.layers) { document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN); } document.onmousedown=click; // -->