بسم الله الرحمن الرحيم   السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته   أهلا وسهلا  ومرحبا بكم الى  دستيناسي أبدي
CAIRO

SELANGOR

ULAMA AMILIN
RUUHUL JADID

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

KHAIBAR! KHAIBAR! YA YAHUD!

JAISYU MUHAMMAD!

SAWFA YAHUD! BIRRUH! BIDDAM!

NAFDIKKA YA ALLAH!


UNDI PANDANGAN

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
  
Terima Kasih Daun Keladi
RUANG PESANAN

Terima Kasih Daun Keladi
ALUNAN AL-QURAN

 
LAGU KU
Relaks Minda


Want one? Go to www.geocities.com/testiflash

UNDIAN MUHASABAH

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Azharian's Topsite

Ukhwah.com :: Top Blog

Malaysian Muslim Blogs

Malam Yang Ku Biarkan
Thursday, May 10, 2007
BismillahAlhamdulillah. 10:03pm/10Mei 2007/ Cc. Malam terang cahaya anugerah Tuhan. Riuh suasana, ramainya orang. Hidup di bumi padang pasir ini penuh persoalan. Mungkin ada benarnya, mungkin tidak sama sekali. Dilihat orang kiri kanan, letih mata memandang, gusar hati merasa. Semuanya bagaikan tiada apa. Tabiat mereka harus diperhati. Baik ambil, jangan dibiar, buruk pandang, tinggalkan berjauhan. Bumi penuh ilmuan, tak mampu ku hitung, bukan sembarangan. Islam indah, musuh gentar lari bertempiaran. Malam indah, inspirasi ku harapkan. Tak tahu, mengapa gusar tak henti, bermain di fikiran. Peristiwa lalu, jadi pengajaran buat diri ku. Ishh... susah benar untuk ku ceritakan. Bermacam kemungkinan, yang aku sendiri tak dapat nak tafsirkan. Mungkin, tamat sudah idea bertandang buat malam yang ku harapkan. Tapi, itu cuma kemungkinan. Banyak lagi yang bisa ku andaikan. Tak kisah, asal ada cerita yang ku hidangkan. Biar ia menjadi kenangan, oang lain biasa ku rasakan, diri sendiri itu yang pasti. Lama sudah, tiada cerita ku luahkan. Hari ini, masih seperti dulu dapat ku rasakan. Bahkan, lain yang disangkakan, rupanya di hadapan kan ada rintangan. Aduhaii wahai imtihan. Datang mu telah membuat ku hilang kekuatan. Tidak ! Itu bukan diri seorang pejuang. Tunggulah kau wahai imtihan. Jangan kau berikan kekecewaan. Heee... mudah-mudahan, tidak susah ku berhadapan dengan makhluk bernama exam, imtihan, ujian dan peperiksaan. Ameen Ya Rabb.Selamat menjalani imtihan, exam dan peperiksaan buat semua. Semoga berjaya.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 9:59 PM   0 comments
Malam Indah Sempit Ku Rasa
Thursday, May 3, 2007
Bismillah Alhamdulillah. 4:05 am/4 Mei 2007/ kamar sahabatku. Dalam gelap mampu ku terangi dengan cahaya yang ada ini, aku abaikan jadikan gelap teman di sisi. Di kala sorang, ku berfikir sendiri, mengenangkan semalam kisah yang menimpa diri. Aku redha, tabahkan hati mengharapkan ketenangan yang abadi. Sekali lagi ku tak peduli, walau mata ingin di turuti. Maafkan aku wahai sang mata, andai aku membuat mu terluka. Bangun ku bukan saja-saja. Mengapa gelisah yang ku rasa. Ya Allah, ku mohon pada Mu, hati yang bahagia. Tenang sentiasa tiada curiga. Ikhlas ku kata, aku dalam keadaan curiga, sungguh bahaya. Bantu ku harap, hilang permainan yang menyeksa. Dalam sedar tak sedar, masanya hampir tiba. Risau ku tak berkesudahan, masih lagi tak ada apa yang ku laksanakan. Sedar ku, tiada kekuatan. Ya Allah, bantulah hamba Mu ini, dan berikanlah kekuatan pada hamba Mu ini, moga dapat meneruskan hidup hari-hari, dalam tenang, bahagia abadi. Ameen Ya Rabb.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 10:03 PM   2 comments
Belum Ku Selesaikan
Wednesday, May 2, 2007
Bismillah Alhamdulillah Di bawah kesamaran lindungan awan, Hidup pemberian tuhan ku terus tempuh perjalanan, Saat yang mendebarkan hampir pasti tidak kan hilang, Bahkan ia makin datang, Lambaian pulang Membuatku berkecamukan, Kekal atau tinggal tiada jawapan, Natijah kebaikan menjadi harapan Amalan menurut panduan, Harus dicukupkan, Sebelum pulang ke kampung halaman, Menjadi bahan rujukan, Duhai teman, Apalah nak disandarkan, Andai beban kau abaikan, Semuanya harus kita selesaikan, Sebelum berpijak ke bumi kelahiran. 5:41pm/2 Mei 2007/Kamar Ku
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 4:22 PM   2 comments
Mentari Tak Muncul Lagi
Bismillah Alhamdulillah. Di pagi yang penuh sunyi ini. Aku membuka mata terus menyendiri. Bagai hilang inspirasi diri. Fikiran ku penuh rasa sangsi. Hingga tak mampu nak ku lalui. Gelisah ku tak bertepi. Mengharap redha sendiri masih mencari. Doa ku pohon pada Mu Ilahi. Moga damai datang menemani. Hidup ku rasa, bakal hampiri mati. Persediaan masih tak mencukupi. Gelisah, resah gundah menganggu tak henti-henti. Aku pasti, ada jalan untuk menerangi. Namun perlu sungguh di dalam diri. Amatlah sukar untuk ku lakui. Di pagi yang gelap tak bercahaya lagi. Ku lihat, teman ku lena dibuai mimpi. Helaian tebal enak membaluti. Sejuk angin tak dapat mendekati. Hamparan tilam melekakan diri. Cemburu hati, aku tak peduli. Aku masih dengan mainan ilusi. Mengharap sinar datang di sisi. Biar nikmat tak dapat dikecapi. Asal redha ku rasai. Kepala ku pusing bagai dililit tali. Hasil amalan buruk yang telah ku lakui. Mentari hampir menyinari. Aku takut, tiada ruang untuk ku nikmati. Itu tidak ku kesali. Sebenar yang memang pasti, ku risaui diri ini, tak dapat diperbaiki. Sebelum esok, mentari menyinari. Jauhilah aku dari api, yang panas membakar diri. Moga dapat ku perbaiki sebelum sampai ajal ketentuan Ilahi.
- 4:54am/2 Mei 2007/Kamar sahabat ku -
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 3:03 AM   2 comments
Kecewa Seorang Manusia
Tuesday, May 1, 2007
Bismillah. Alhamdulillah. Keindahan hidup enak dirasa kalau ianya sentiasa. Namun, tak seperti yang diduga. Hidup ini bukannya semua indah. Diriku bukannya sempurna. Tidak semua yang ada pada aku, mereka suka. Itulah hakikat yang perlu ku terima. Aku sanggup dihina dan dicerca walau pahit untuk diterima. Tapi aku pantang andai pegangan hidup ku dihambat bagai batu yang tiada guna. Aku tahu aku tak mampu berdiri di kaki sendiri tanpanya. Tapi, ada orang sombong sehingga berkata aku yang berkuasa. Terkadang, aku tiada kata untuk pertahan apa yang ku bawa. Tapi, aku tak rasa aku terpedaya bahkan aku yakin dengannya aku bisa sampai kepadaNya dalam keadaan yang gembira. Cuma biasa orang mengata, yang sendiri aku rasa sia-sia saja mereka. Kan indah kalau kita bersama. Namun, kau alpa. Kau kata semuanya tipu belaka. Aduhai, wahai manusia. Belajarlah membuat beza. Manakan sama semua benda. Aku tak mampu berbuat apa. Namun, aku tak putus asa. Kan ku teruskan perjuangan Si Dia. Biarlah ku serah pada penciptanya. Moga Dia memberikan yang sebaiknya pada kita. Selamat Menyambut Hari Buruh 1 Mei 2007 .


posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 10:58 AM   2 comments
BIODATA KU


Destinasi Abadi ' 07
Sepang, Selangor, Malaysia
"Projek Islah Tanpa Henti"
Lihat Butiran Sepenuhnya

WAKTU SOLAT
LAMAN MUSLIMIN
LAMAN MUSLIMAT
LAMAN PENULIS
LAMAN POPULAR
UNDI PANDANGAN

Adakah Anda Bersetuju Dengan Islam Hadhari ?
Setuju
Kurang Setuju
Tidak setuju
Bida'ah
  
Terima Kasih Daun Keladi
ARTIKEL
ARKIB
ANGKA PENGUNJUNG


Profile Hit Counter
Free MySpace Page Counter provided by ModMyProfile.com

SEMAK DAFTAR PEMILIH
DITAJA OLEH

Free Blogger Templates

BLOGGER

var message="Ingatlah Allah selalu... "; function click(e) { if (document.all) { if (event.button==2||event.button==3) { alert(message); return false; } } if (document.layers) { if (e.which == 3) { alert(message); return false; } } } if (document.layers) { document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN); } document.onmousedown=click; // -->