Semakin hairan ku dibuatnya. Barangkali perhimpunan semalam itu cuma cobaan. Ala macam dalam wayang P. Ramlee yang bertajuk Pendekar Bujang Lapok. Betul-betul tapi dikatanya cobaan - Bisik hatiku dengan nada dan intonasi seperti orang zaman dahulu sedang berbicara sejurus membaca laporan akhbar Berita Harian tentang kenyataan Pak Lah berkenaan perhimpunan 100 ribu yang baru berlansung semalam.
Dalam kenyataannya beliau berkata : Perhimpunan dan perarakan haram itu sebenarnya gimik politik pembangkang Lagi Pak Lah berkata : Sebenarnya tiada siapa selain pembangkang yang suka perkara seperti itu berlaku kerana ia menyusahkan selain menjadi bebanan kepada polis kerana perlu mengawal keadaan kerana ia tanggungjawab mereka Sungguh murah tuduhan itu. Tak habis-habis sebut nama pembangkang. Pembangkang tu siapa ? manusia yang berkerakyatan Malaysia, atau haiwan dikalangan beruk ? Perhimpunan ni perhimpunan untuk rakyat. Bukan kepentingan peribadi. BERSIH adalah sebuah jawatankuasa gabungan yang terdiri daripada organisasi-organisasi masyarakat sivil dan parti-parti politik dengan matlamat utama untuk memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil di Malaysia. Sudah jelas bukan. Cukuplah 10 Nov menjadi sejarah yang membuktikan bahawa rakyat Malaysia inginkan perubahan.
Persoalannya, salahkah berhimpun ? takpa, biar saya saja yang menjawabnya mewakili pemimpin kita. Iya ! memang salah. Kerana :
1- Perhimpunan tersebut akan menyusahkan rakyat 2- Perhimpunan tersebut membebankan pihak polis yang menjaga keselamatan 3- Perhimpunan tersebut tidak bermanfaat 4- Perhimpunan tersebut mencemarkan institusi beraja 5- Perhimpunan tersebut mencemarkan nama Malaysia * 6- Perhimpunan tersebut menyebabkan kesesakan lalulintas 7- Perhimpunan tersebut haram 8- Ada sesiapa boleh sebut lagi ???
*Siapa sebenarnya yang mencemarkan nama Malaysia ? rakyat atau beliau? p/s: alasan-alasan di atas bukanlah pendirian tuan empunya blog Nyah ! Jikalau ianya sekadar cobaan, tutup saja mulut kalian, tapi kalau ianya betul-betul, bukan cobaan, maka teruskan ... men'kuning'kan bangsa. Labels: P |