بسم الله الرحمن الرحيم   السلام عليكم ورحمة الله وبركا ته   أهلا وسهلا  ومرحبا بكم الى  دستيناسي أبدي
CAIRO

SELANGOR

ULAMA AMILIN
RUUHUL JADID

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAHUAKHBAR!!!

KHAIBAR! KHAIBAR! YA YAHUD!

JAISYU MUHAMMAD!

SAWFA YAHUD! BIRRUH! BIDDAM!

NAFDIKKA YA ALLAH!


UNDI PANDANGAN

Pandangan Anda Terhadap Blog Ini
Perlu Diperbaiki
Membosankan
Menarik
Tidak Lawah
Amat Menarik
  
Terima Kasih Daun Keladi
RUANG PESANAN

Terima Kasih Daun Keladi
ALUNAN AL-QURAN

 
LAGU KU
Relaks Minda


Want one? Go to www.geocities.com/testiflash

UNDIAN MUHASABAH

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Azharian's Topsite

Ukhwah.com :: Top Blog

Malaysian Muslim Blogs

Peringatan Buat Umat Nabi Muhammad
Friday, March 30, 2007
Ingatlah pengorbanan Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarganya serta sahabat-sahabatnya yang telah lama meninggalkan kita. Pengorbanan dan perjuangan yang mereka lalui telah memberikan kita peluang pada hari ini untuk mengecapi nikmat sebesar-besar nikmat iaitu nikmat iman dan Islam. Mereka lah yang menempuh ranjau-ranjau yang berduri dan kita hanya meneruskan perjuangan mereka dengan jalan yang telah tersedia. Siapa kita hendak dibandingkan dengan mereka? Jangan jadi Muslim yang mudah lupa.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 2:41 PM   0 comments
Apa Ada Pada Teknologi

Bismillah, alhamdulillah hari ini tergerak jugak nak update isi blog ni.Tapi insyaAllah ala kadar jelah. Imtihan dekat dah. Wallahhua'lam. Mudah-mudahan saya dan kawan-kawan najah. Untuk post kali ini saya nak cerita sedikit mengenai teknologi. Dunia ni makin lama makin canggih. Tak terkejar kita dibuatnya. Tengoklah gambar tu. Nampak macam barang tahun 90'an je. 'Ala kullihalnya bukan itu tajuk utama yang saya nak bawa. Akan tetapi, bagaimana kita menggunakan kecanggihan teknologi yang ada ini dalam menyampaikan risalah dakwah itulah yang menjadi persoalannya. Hari ini pelbagai perisian dan kemudahan jaringan internet kita boleh perolehi dan kecapi. Namun berapa ramaikah dikalangan kita yang menikmati kemudahan dan kecanggihan ini untuk perkara-perkara yang memberi manfaat pada diri kita dan orang lain ? Inilah masanya, segala kebolehan, kepakaran, kemudahan yang dimiliki dan telah tersedia hendaklah kita gunakan sebaiknya. Jalan dah ada. Terpulang pada kita untuk memilihnya. Baik ada, yang tak baik pun ada. Secara peribadi, sudah tentu yang mesti kita lakukan adalah untuk perkara-perkara kebaikan. Jadi di sini, saya mengajak diri saya dan kita semua agar kita dapat menggunakan kecanggihan yang ada ini sebagai satu platform untuk kita ingat memperingati diantara satu sama lain dan menjadikannya ia sebagai satu cara untuk kita menyampaikan dakwah Islam serta mengumpul bonus-bonus lumayan yang pasti kita milikinya sama ada di dunia dan akhirat bagi yang benar-benar ikhlas.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 2:05 PM   1 comments
Tahukah anda ?
Saturday, March 24, 2007
Tahu tak apa maksud sebenar perkataan-perkataan tersebut ? Biasa tak kita menggunakannya di dalam ucapan kita atau tulisan kita ?
Haaa...boleh tahan jugak lidah ni nak menyebut, tapi inilah hakikat yang kita kene terima, penggunaan bahasa atau perkataan-perkataan yang baru atau bombastik di dalam ucapan atau penulisan pada zaman serba moden ini sedikit demi sedikit dapat membantu menarik minat kepada orang ramai untuk mendengar, membaca dan melihat ucapan atau penulisan seseorang. Jadi, kita macam mana ye? Takpe... paling kurang pun tahulah sedikit sebagai satu saham untuk kita khususnya kepada para daie masa kini. Bahasa jawa tahu tak ? Kalau tak tahu...renungkan kata-kata ini " Kito, angger orak reti, belajarlah...kepriye si, kiye orak reti gawe koyo reti !!! usah isin-isin, belajar waee...Kito wong Islam umume, khususe pendakwah, kenenglah dadi professional kambek fleksibel, iso ngomong inggeris, isu ngomong jowo, arab, reti kalimah-kalimah bombastik, macem-macem lah, dadine somo-somolah kito tingkat ke keupayaan kito berbahasa yo !!!....InsyaAllah keneng...." Wallahhuta'ala A'lam.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 5:38 PM   0 comments
Wahdatul Fikr
Friday, March 23, 2007

Sebab apa umat Islam masih belum dapat bersatu padu? Kita ada dengar dan lihat umat Islam sendiri berbalah diantara satu sama lain.Tiadanya kesatuan dan kesamaan di dalam pemikiran (wahdatul fikr) adalah merupakan salah satu faktornya. Mengapa terjadinya hal sebegini ? Perkara ini berlaku adalah kerana kurangnya pemahaman seseorang itu mengenai Islam. Jadi, saya bukanlah yang terbaik dan yang terlayak untuk membincangkan hal ini, cumenya atas kesedaran yang ada ini maka perlulah kita sama-sama membincangkannya. Mengenai hal ini, elemen penting yang perlu diketahui oleh kita semua ialah mengenai Islam itu sendiri. Kita perlu memahami Islam secara menyeluruh kerana Islam itu agama yang syamil. Kita mesti set dalam minda kita bahawa, Islam itu merangkumi semua aspek. Apa yang berlaku pada hari ini, terdapatnya golongan-golongan yang hanya fokus kepada sesuatu perkara. Contohnya, ada yang menganggap Islam itu hanya dari sudut beribadah dan yang selainnya dianggap tidak termasuk di dalam Islam. Hal ini yang patut kita bimbangkan kerana ia telah menyebabkan terbantutnya proses untuk membina kesatuan ummah seterusnya melambatkan kemenangan Islam itu sendiri. Kita lihat sejarah yang telah berlaku di barat suatu masa dahulu yang mana wujudnya pemisahan diantara golongan gereja dan pemerintah dan ideologi ini masih lagi wujud pada abad ini. Inilah satu pemahaman yang tidak sepatutnya ada di dalam diri setiap umat Islam yang menganggap Islam itu hanya dipandang dari aspek ibadahnya sahaja seperti solat, puasa, zakat dan yang seumpama dengannya. Sedangkan setiap perkara di dunia ini sepatutnya kita hendaklah mengaitkannya dengan Islam.
Satu lagi pemahaman yang patut dijauhkan dalam kepala pemikiran setiap muslim ialah pemikiran yang hanya mementingkan diri sendiri. Ketahuilah bahawa kita ada tanggungjawab yang wajib kita tunaikan. Dan tanggungjawab itu bukanlah hanya fokus kepada satu perkara sahaja sehingga kita mengabaikan tanggungjawab yang lain. Iya, memang benar kita juga dituntut untuk mengambil seberapa banyak perkare yang boleh memberi manfaat dan keuntungan bagi diri kita. Namun harus diingat, kita juga dituntut untuk mengambil berat di dalam mengetahui urusan atau perkara umum bukan hanya kepentingan peribadi. Kesatuan pemikiran sebeginilah yang patut kita tanamkan di dalam minda kita. Kita tak mahu, bilamana kita lihat Islam dan umatnya ditindas, dizalimi atau sebagainya, kita hanya berdiam sahaja tanpa memikirkan tindakan yang sepatutnya dilakukan bahkan lebih teruk lagi mengatakan mengapa perlu fikir-fikir hal sebegini, fikir diri sendiri sajalah. Nauzubillah min zalik. Oleh itu sama-samalah kita ambil Islam itu secara syumul iaitu bukan Islam yang diceduk-ceduk atau Islam yang sekerat-sekerat serta sama-samalah kita membina kesatuan pemikiran dan fahaman tentang Islam itu. Mudah-mudahan dengan usaha dan tindakan kita, tidak lagi berlakunya perpecahan dan perbalahan diantara umat Islam sendiri seterusnya mengembalikan zaman kegemilangan Islam. Ameen.....
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 7:14 PM   0 comments
Sinopsis
Thursday, March 22, 2007

Barangsiapa yang mengaku tiada tuhan melainkan Allah maka dia adalah seorang pendakwah. Maka siapa lagi kalau bukan kita (umat Islam) ?. Berkenaan dengan tanggungjawab dan kefarduan berdakwah ini, telah jelas hukumnya. Selepas kejatuhan khilafah Islam Turki Uthmaniah pada tahun 1924, tanggungjawab untuk mengembalikan zaman kegemilangan Islam itu menjadi satu kefarduan ke atas kita semua. Hari ini kita dapat lihat dunia bagaimana dan telah jelas bahawa kita selaku pendakwah ini memang menghadapi begitu banyak mehnah dan tribulasi yang tidak dapat tidak harus kita tempuhi. Inilah perkara yang saya ingin utarakan pada post kali ini iaitu berkenaan cabaran dan ujian yang dihadapi serta persediaan yang perlu ada bagi diri seorang pendakwah. Hal ini ada dinyatakan di dalam sebuah kitab yang bertajuk " Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah" karangan Dr Fathi Yakan. Mungkin boleh diceritakan sedikit gambaran berkenaan isi kitab tersebut. Untuk keterangan secara terperinci, seeloknya kita sendiri mendapat kitab ini dan membacanya.
Dinyatakan bahawa, terdapat lima cabaran atau rintangan yang perlu dihadapi oleh pendakwah yang mengaku Allah itu tuhannya, Muhammad itu nabinya, dan al-Quran itu perlembagaannya,
serta beriltizam dengan apa yang diimaninya iaitu :
1) - Orang mu'min yang dengki kepadanya.
2) - Orang munafik yang benci ke atasnya.
3) - Orang kafir yang membunuhnya.
4) - Syaitan yang menyesatkannya.
5) - Nafsu yang akan sentiasa meransangnya.
Jadi, inilah rintangan yang disebutkan pengarang di mana sumbernya adalah berdasarkan hadis Rasulullah S.A.W. Memang tidak dapat dinafikan lagilah, semua itu memang benar.
Seterusnya dijelaskan pula pada bahagian kedua kitab ini ialah sifat-sifat yang perlu ada bagi diri seorang pendakwah yang ada disebutkan di dalam al-Quran pada Surah at-Taubah, ayat yang ke 112, juzuk yang ke 11 iaitu :
1) - Orang-orang yang bertaubat.
2) - Orang-orang yang beribadat.
3) - Orang-orang yang memuji Allah.
4) - Orang-orang yang berjalan mencari ilmu atau berjihad.
5) - Orang-orang yang ruku'.
6) - Orang-orang yang sejud.
7) - Orang-orang yang menyuruh berbuat ma'aruf.
8) - Orang-orang yang mencegah berbuat mungkar.
9) - Orang-orang yang memelihara hukum hakam Allah.
Maka, bagi mereka yang mempunyai sifat-sifat ini...berita gembiralah untuknya.
Seterusnya dijelaskan di dalam kitab tersebut, bekalan tambahan yang perlu ada bagi diri seorang pendakwah untuk perjalanan menuju hari akhirat dan ianya juga berdasarkan apa yang telah disebut oleh Rasulullah S.A.W iaitu :
1) - Berpuasa pada hari bersangatan panas untuk persediaan mengahapi hari kebangkitan.
2) - Solat dua rakaat pada kegelapan malam untuk persediaan menghadapi kesunyiaan di dalam
kubur.
3) - Dapat melaksanakan perkara yang sukar.
4) - Berkata benar dan menahan diri dari berdusta.
5) - Bersedekah dan menyembunyikannya.
Pada bab yang terakhir pula ada dinyatakan bahtera yang mesti dimiliki bagi diri seorang pendakwah. Manakala penjelasan secara terperinci bagi setiap bab juga terdapat di dalam kitab tersebut.
Adapun tujuan utama kitab ini dikarangan adalah ingin menjelaskan bahawa tanpa persediaan yang telah disebutkan tadi, maka tidak akan berjayalah kerja-kerja dakwah yang dijalankan. Dilihat juga banyaknya masaalah, penyelewangan serta fitnah yang berlaku pada kehidupan seorang pendakwah adalah berpunca dari kecuaian pendakwah itu sendiri atas sebab tiadanya persediaan yang menyebabkan terhalangnya mesej dakwah itu untuk sampai kepada orang yang diberi dakwah. Ini adalah kerana " orang yang tidak mempunyai apa-apa, tidaklah dapat memberi ". Jadi, sekadar ini sajalah yang dapat saya kongsi melalui kitab " Bahtera Penyelamat ......" ini.
Untuk mengetahuinya secara lebih detail, eloklah jikalau kita memiliki kitab tersebut serta membaca atau mempelajarinya sendiri. Kalau ada berlaku kesilapan dan kesalahan, diharap dapat diperbetulkan. Wallahhu Ta'ala A'lam. Selamat berjuang wahai dua't.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 10:24 PM   0 comments
Pemimpin Masa Hadapan

Kita lihat gambar tu, sedapnye adik-adik makan ais krim ! apa rasanya ? nampak heppy je... tak apa, suka-suka juga, namun kenalah beringat. Bukan adik-adik saja yang kene beringat, abang-abang, kakak-kakak pendek kata semua oranglah kene beringat. Kita ni khususnya golongan muda, ada tanggungjawab. Kita bakal menjadi pemimpin umat dan paling kurang pun pemimpin bagi diri sendiri. Oleh itu, kita perlulah persiapkan diri kita agar kita dapat menjadi pemimpin yang terbaik di masa hadapan. Contoh terbaik pimpinan bagi umat Islam adalah junjungan besar Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W. Kalau kita terleka atau sedang terleka dan pernah terleka, cepat-cepatlah kita bangun. Hidup ni cuma sementara. Mana tau, kita tak sempat bersua dengan masa hadapan, namun sekurang-kurangnya kita ada cita-cita dan semangat yang akan kita bawa seandainya kita telah ditakdirkan untuk menemui Allah sebelum sampai waktu untuk kita. Malanglah, bagi sesiapa yang hidupnya tidak sedikit pun terdetik di dalam hatinya ingin menyumbangkan jiwa dan raganya untuk Islam. Allah Maha Pencipta tidak sedikit pun merasa rugi. Akan tetapi, kitalah yang rugi. Allah tidak berhajat kepada kita, namun kitalah yang berhajat kepada Allah. Ingatlah bahawa kita ini adalah pemimpin, dan kita dipertanggungjawabkan atas setiap apa yang kita pimpin. Boleh dan tidak ada masalah andai sekali-sekala kita hendak bersuka ria dan berhibur atau berseronok, tapi janganlah berterusan sehingga kita menjadi lalai dan leka hanyut dibuai mainan dunia. Kalau nak makan ais krim lagi, jangan lupa ajak saya ya adik-adik !
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 1:37 PM   0 comments
Cinta Teragung
Thursday, March 15, 2007

" Dan sebahagian dari tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam, siang, matahari dan bulan. Janganlah bersujud kepada matahari dan janganlah pula kepada bulan, tetapi bersujudlah kepada Allah yang menciptakannya, jika kamu hanya kepadaNya saja menyembah "
Surah Fushshilat : ayat 37 .
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 9:03 PM   0 comments
Mengapa Buah Kurma Kecil ?
Tuesday, March 13, 2007

Al-kisahnya begini. Suatu masa dahulu dikhabarkan ada dua beranak yang tinggal di sebuah kampung. Seorang ayah bersama anaknya. Tugas mereka seharian ialah menjaga ladang kurma milik tuannya. Pada suatu hari, sedang mereka berteduh di bawah pohon kurma, maka bermulanya perbualan di antara seorang ayah dan anaknya.
Anak : "Ayah ! ayah sehat ke ?" ( persoalan yang ditimbulkan oleh si anak kecil tanda seorang anak yang mengambil berat tentang ayahnya ) .
Ayah :"Ahamdulillah, sehat" ( jawapan seorang ayah tanda syukurnya pada tuhan Maha Pencipta)

Anak : "Ayah ! sebenarnya saya ada satu soalan yang saya nak tanya pada ayah. Boleh ke ayah ayah ?". ( soalan anak yang memandang pada pepatah melayu yang berbunyi " malu bertanya, sesat jalan" )

Ayah : "Ya nak, tanyalah". ( sambil tersenyum, melihat kesungguhan anaknya yang agak ganjil,terdetik di hatinya, " haiii..buang tebiat ke anak aku ni !").

Anak : "Ayah, kenapa buah kurma tu kecil?. Kalau kita tengok pokok dia besar tapi buahnye kecil. Lepas tu kalau kita tengok pokok tembikai pula, pokoknya kecil tapi buahnya besar ya amat. Kenapa ya ayah ?". ( anak itu mengerutkan dahinya sambil menggaru-garu kepalanya ketika bertanya )

Ayah : "Ooo..itu rupanya yang anak sebuk nak tanya pada ayah. Kalau anak nak tahu sebab apa, ayah kan ceritakan sebab apa dan ayah ada satu cerita mengenai buah kurma ni. Tapi....

Anak : "Hah ! tapi apa yah ? ( anak yang bersungguh-sungguh ingin mengetahui jawapan itu berasa tak sabar dengan cerita ayahnya. Namun ayahnya tetap kelihatan kool saja ).

Ayah : "Baiklah, ayah akan cerita. Pada suatu hari, sedang ayah menjaga ladang ini, ayah tertidur di bawah pokok kurma dekat sebelah hujung sana. Sewaktu di dalam tertidur. ayah bermimpi bahawa ayah menjadi seorang pahlawan terkenal di dunia ini. Ayah banyak menyelematkan ramai orang daripada anasir-anasir pihak musuh dan orang jahat. Satu masa, ketika ayah berjalan menuju untuk pulang ke rumah, ayah terserempak dengan sekumpulan penjahat yang berada di atas rumah tuan kita ini. Ayah tahu bahawa nyawa ayah tidak selamat lagi. Maka, sebagai seorang pahlawan, ayah bertekad untuk mempertahankan tempat ini dan ayah bersedia untuk terkorban. Jadi, bermulalah episod ngeri. Kumpulan penjahat itu telah mengeluarkan senjata mereka, lalu melepaskan dan melemparkan ke arah ayah. Waktu tu ayah bertawakkal. Ayah pejamkan mata dan berpeluk tubuh. Ayah tunggu jugak senjata tu sampai kat badan ayah. Tapi lambat bebenor lah pulak. Ayah bertekad untuk membuka mata. Lantas tubuh ayah terasa seperti ditusuk sesuatu. Ayah ingat ayah dah mati sebagai seorang pahlawan sejati. Tapi lain pulak yang jadi. Ayah hidup lagi. Waktu tu, ayah terkejut ya amat. Nak tahu sebab ape? sebabnya kumpulan pejahat itu bukanlah melemparkan bom atau peluru ke arah badan ayah. Tapi hanya menggunakan beberapa kilo buah kurma. Hah hah hah ! Ayah pun ketawa terbahak-bahak. Maka ayah pun terjaga dari tidur, rupa-rupanya ayah hanya bermimpi. Lalu ayah pun termenung seketika. Tidak lama selepas itu ada lah pulak buah kurma dari pokok yang menjadi tempat ayah berteduh tu jatuh kene hidung abang. Ayah terkejut, tapi nasib baik takda apa-apa yang berlaku. Sebab buah kurma tu kecil. Maka, terdetik di hati ayah suatu formula yang ayah termejahkan di dalam bentuk kata-kata iaitu " nasib baik buah kurma ni kecil, kalau buah kurma ni besar macam buah tembikai, nahas di buatnya ". Begitulah cerita ayah nak.. ( dengan memek muka yang sedikit manis dan jelingan mata yang tajam, ayah berharap ceritanya itu dapat memuaskan hati anaknya )

Anak : "Ooo... macam itu rupanya ayah. Betul juga ya. Kini baru saya tahu kenapa buah kurma itu kecil. ( senyap untuk beberapa ketika ). Ayah !!! ( tiba-tiba anaknya menjerit memanggil nama ayahnya lalu bertanya :) Ayah, macam mana pulak, dengan buah kelapa? kalau lah buah kelapa tu yang menimpa ayah, bukankah buah kelapa itu besar dan keras? ( soalan yang timbul di benak fikiran anak kecil ini menandakan timbulnya keraguan terhadap cerita ayahnya )

Ayah : "A...a..a.. ( sambil menggaru-garu kepala ayahnya mencari jawapan kepada soalan killer anaknya itu lalu ayahnya pun menjawab :) Eh! anak, sekejap ya, bagi ayah berehat dan tidur dulu di bawah pokok kelapa. Nanti baru ayah dapat jawapannya. ( sebenarnya, tak tahu pun jawapannya, alasan nak lari dari menjawab soalan anaknya itu ).

Maka selesailah kisah seorang ayah bersama anaknya.Bersama-samalah kita mencari jawapannya, dan sentiasalah kita memikirkan hikmah disebalik kejadian makhluk cptaan Tuhan. Sesungguhnya tidak lah Allah menjadikan sesuatu itu dengan sia-sia melainkan ada sesuatu disebaliknya.


Kenapa buah kelapa besar ya ?
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 1:52 AM   0 comments
Bahagia Di Mana ?
Sunday, March 11, 2007

Tengok gambar rumah tu, teringat rumah saya kat Malaysia. Rasa rindu saya terhadap kampung halaman semakin menebal. Teringat masa dulu-dulu, biasalah rumah kampung. Waktu siang panas je. Tapi bila sampai waktu malam, boleh tahan sejuknya. Biasanya saya tidur di ruang tamu, beralaskan tilam toto. Pe'el orang kampung. Walaupun bilik yang diisi dengan katil dan tilam yang sedikit selesa telah tersedia, saya lebih selesa tidur begitu. Semuanya dilalui seperti biasa. Cerita lalu, bila diingat kembali sedih rasanya. Melihat gambar rumah itu, cukup sudah membuat hati saya sebak. Dahulu waktu saya kecil-kecil saya malu nak pelawa kawan-kawan datang ke rumah saya, sebab rumah saya serba kekurangan. Tapi kini, bila usia semakin tua, saya sedar bahawa kemewahan dan kesenangan bukanlah segalanya. Walau rumah saya buruk macam mana pun, saya tak endah. Hanya yang saya kisah, orang yang berada di dalamnya. Mereka itulah ahli keluarga saya. Saya rindu pada mereka semua. Mereka semua telah bersusah payah membesarkan saya walau keaadaan mereka sudah sedia payah. Namun hasrat yang ingin dicapainya untuk melihat anak-anaknya gembira dan bahagia, mereka sanggup lakukan apa saja. Jadi siapa kita? Bersyukurlah dan terimalah apa yang ada. Begitulah hakikat kebahagian yang sebenarnya. Susah senang mesti dirasa bersama-sama. Bahagia sesebuah keluarga bukan terletak pada besarnya rumah mereka, banyaknya harta mereka, akan tetapi bahagia itu haruslah dipandang disudut eratnya hubungan kekeluargaan yang terjalin diantara mereka.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 11:51 PM   1 comments
Mesir Tempat Segala

Bumi Mesir tempat segala. Pyramid tempat persemadian Firaun menjadi bukti kebenaran kisah kaum yang angkuh, kejam dan zalim. Di akhir kisahnya, Allah menenggelamkan mereka lantas terselamatlah Nabi Musa a.s dan pengikutnya daripada seksa yang mengekorinya. Inilah petanda keagungan Allah yang Maha Adil lagi Maha Bijaksana.

Qal'ah Solahuddin mercu tanda kegemilan Islam. Semangat untuk mengecapinya di kala ini perlu ada bagi setiap jiwa yang bergelar muslim lalu diiringi dengan gerak tindakan yang jitu. Moga di sana, terukir nama kita sebagai seorang pembawa gemilang Islam yang pasti tiba kemenangannya.

posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 7:19 PM   1 comments
Ku Ingin Kembali

Andai benar mesin masa itu wujud, ingin saja aku kembali ke tempat itu,
segalanya akan ku ulangi menjadi kenangan abadi dan takkan ku kembali lagi seperti waktu ini. Namun, apa yang jadi, itu hanya mainan mimpi yang takkan pasti. Segala kenangan pahit yang lalu, begitu manis ku rasa dikala ini. Aku rindu padamu wahai waktu yang lalu. Datanglah kepadaku.
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 5:33 PM   0 comments
Lagu Tema PMRAM


Sekian lama kau menaungi kami
Sekian lama kau bersama kami
Susah dan senang kami di sini
Kau tetap setia di sisi

Sekian lama kau menaungi kami
Sekian lama kau bersama kami
Susah senangmu kami rasai
Cintamu tetap di hati

Kini kami tahu
Hebatnya sejarahmu yang dulu
Kegemilangan usiamu yang lalu
Menjadi sumber inspirasi

Untukmu PMRAM untukmu PMRAM
Untukmu PMRAM kami pertahankan
Demi menegakkan
Kesinambunganmu yang agung
Gemilang yang tak pernah padam
Ditelan zaman nan silam
Engkaulah yang satu masih gagah dan jitu
Kebijaksanaan dan kematanganmu yang padu
Bukti kejayaan
Kau terus dijulang kau terus dijulang
Lambang perpaduan


Lirik & Lagu oleh : Shukri IbrahimNyanyian : Dr. Ahmad Afifi Mohd Arshad
posted by Destinasi Abadi ' 07 @ 1:27 PM   0 comments
BIODATA KU


Destinasi Abadi ' 07
Sepang, Selangor, Malaysia
"Projek Islah Tanpa Henti"
Lihat Butiran Sepenuhnya

WAKTU SOLAT
LAMAN MUSLIMIN
LAMAN MUSLIMAT
LAMAN PENULIS
LAMAN POPULAR
UNDI PANDANGAN

Adakah Anda Bersetuju Dengan Islam Hadhari ?
Setuju
Kurang Setuju
Tidak setuju
Bida'ah
  
Terima Kasih Daun Keladi
ARTIKEL
ARKIB
ANGKA PENGUNJUNG


Profile Hit Counter
Free MySpace Page Counter provided by ModMyProfile.com

SEMAK DAFTAR PEMILIH
DITAJA OLEH

Free Blogger Templates

BLOGGER

var message="Ingatlah Allah selalu... "; function click(e) { if (document.all) { if (event.button==2||event.button==3) { alert(message); return false; } } if (document.layers) { if (e.which == 3) { alert(message); return false; } } } if (document.layers) { document.captureEvents(Event.MOUSEDOWN); } document.onmousedown=click; // -->